Pages

Labels

Selasa, 21 Mei 2013

Recall SPM

Setiap hari pertama peperiksaan SPM, semua calon akan berkumpul di Blok Akademik, aktiviti memang menjadi kewajipan dan keutamaan untuk warga guru dan juga calon SPM. Pada masa inilah, guru-guru BM memberikan teknik menjawab Kertas 1 dan Kertas 2 yang terakhir.

 Kebanyakan calon SPM semestinya mendengar dengan teliti kerana selepas ini tiada lagi suara-suara suprano bak Ning Baizura mengalunkan bait-bait lagu, ini bukan hendak bercerita mengenai Ning Baizura, tetapi hendak bercerita mengenai guru BM kita tidak lain tidak bukan, sudah tentu Cikgu Siti Laila kalau bukan dia, maka tidak akan berlangsunglah Recall SPM untuk BM.
 Cikgu Laila yang akan berteriak mengalunkan bait-bait teknik menjawab soalan supaya pelajar-pelajar sentiasa ingat ketika hendak menjawab soalan. Al-maklumlah, mereka calon pertama kali menduduki SPM. Harap-harap mereka menjawab mengikut format.
Kalau bukan Cikgu Laila, Cikgu Hasmilah yang menjadi galang gantinya ibarat 2 paduan suara lagi, persis Shila Amzah pula anak kepada ND Lala tu, harap-harap suara Cikgu Hasmi semasa memberi tip terakhir akan memudahkan dan melancarkan urusan calon menjawab kertas Bahasa Melayu.
 Bukan suara kakak-kakak sahaja, suara abang-abangpun ada berkumandang di Blok Akademik Cikgu Richard, Cikgu Maharizuan, Cikgu Zairol turut menyumbang suara juga.
Cikgu-cikgu pun apa kurangnya, Cikgu Misria, Cikgu A.Rusilin, Cikgu Norhidayah turut sama membantu menjayakan program ini. Akhir kalam, harapan, doa, semangat dan ilmu yang cikgu curahkan untuk anda semua dapat dimanfaatkan ke landasan yang betul.

Tinta Emas :
Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" ~ Hamba Allah
"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah
"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."

Contoh Karangan Cemerlang Bahagian A dan B


Contoh Karangan Bahagian A

JAWAPAN CONTOH

Bahagian A

Karangan berpandu : Berdasarkan pelbagai bahan rangsangan

Markah                          : 30 markah

Masa                               : 45 minit

 
PERENGGAN 1 : PENDAHULUAN

Dalam meniti arus modenisasi yang kian rancak, masyarakat pada zaman millenium ini sudah semakin ‘ketagih’ mengejar kemewahan duniawi sehinggakan mereka alpa terhadap kesihatan tubuh badan mereka. Senario ini jika dibiarkan menular dalam kalangan masyarakat kita akan mengakibatkan hasrat kerajaan untuk menjayakan dan merealisasikan Wawasan 2020 hatta gagasan 1Malaysia sekalipun terbantut. Apakah peranan kita sebagai rakyat yang prihatin terhadap kemajuan negara dalam mengatasi kemelut ini? Usaha yang dapat kita lakukan bagi menyelesaikan krisis ini adalah dengan menjalani kehidupan yang sihat. Belakangan ini, banyak adpertensi disiarkan oleh pihak media bagi memaparkan cara-cara mengemudikan kehidupan agar sihat dan sejahtera.

PERENGGAN 2 : ISI UTAMA

Amalan mendapatkan tidur dan rehat yang mencukupi merupakan antara cara yang unggul bagi menjalani hidup yang sihat (Apa : isi utama). Rehat dan tidur yang mencukupi amatlah diperlukan bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat. (BAGAIMANA : CARA). Kita tidak mahu nanti keadaannya bak nasi sudah menjadi bubur atau sudah terhantuk baru terngadah. Kita memerlukan rehat dan tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari bagi memastikan otak dan fizikal kita dapat digunakan semula (BAGAIMANA : CARA). Sebagai tamsilnya, kita kerap kali melihat berita di rubrik akhbar yang melaporkan calon-calon peperiksaan awam masih gah menjawab kertas peperiksaan walaupun mengambil masa yang agak lama (CONTOH). Oleh yang demikian, kita haruslah mengamalkan gaya hidup sihat iaitu mendapatkan rehat dan tidur yang mencikupi (AYAT PENEGASAN)

PERENGGAN 3 : ISI KEDUA

                Selain itu, metode lain yang harus kita cakna dan asimilasikan dalam kehidupan kita adalah menjalani pemeriksaan kesihatan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liew Tiong Lai mengajak rakyat Malaysia agar tidak berat tulang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di pusat-pusat kesihatan yang berdekatan kerana tindakan ini akan ‘menyelamatkan’ kita daripada menghidap penyakit-penyakit kronik bak kata orang tua-tua , mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Setiap individu seharusnya menjalani pemeriksaan setiap enam bulan bagi mengetahui kondisi kesihatan diri. Masyarakat pada masa ini sering menghidap penyakit kronik walaupun pada usia yang muda iaitu sekitar 30 hingga 40 tahun. Tegasnya, seyogialah kita mengamalkan budaya menjalani pemeriksaan kesihatan agar tubuh badan kita sentiasa berada dalam keadaan baik.

PERENGGAN 4 : ISI KEEMPAT

                Amalan cara hidup sihat adalah tidak sukar sekiranya kita mengikut garis panduan yang betul. Langkah terpenting yang menjadi faktor perdana atau tunjang kepada amalan hidup sihat adalah mempraktikkan pemakanan seimbang diperlukan oleh badan mengikut sukatan yang betul. Keadaan ini dapat dilihat melalui piramid makanan yang menempatkan karbohidrat di lapisan terbawah yang bererti nutrisi tersebut diperlukan oleh badan dalam kuantiti yang banyak. Pengambilan nutrisi secara berkurangan ataupun berlebihan akan menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit-penyakit tertentu. Sebagai contohnya, terdapat penyakit yang melanda masyarakat di negara miskin seperti Haiti disebabkan kurangnya protein dalam badan. Oleh yang demikian, amalan pemakanan seimbang adalah sangat penting dalam kita menjalani kehidupan yang sihat.

PERENGGAN 5 : PENUTUP

                Akhirulkalam, jelaslah kepada kita bahawa kehidupan manusia dan kesihatan memang tidak dapat dipisahkan. Seluruh rakyat Malaysia dinasihatkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak agar sentiasa menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat agar misi Malaysia untuk mencapai status negara maju dan menjadi contoh kepada negara lain tercapai. Maka secara realitinya menunjukkan bahawa betapa penting cara atau langkah dalam menjana kehidupan yang lebih sihat. Sediakan payung sebelum hujan merupakan peribahasa yang amat bersesuaian dengan maaduk cara menjaga kesihatan, jadi di sini mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya. Secara kesinambungannya, pelbagai usaha mestilah diimplementasikan oleh semua pihak kerana ‘kehidupan yang bermakna adalah kehidupan yang sihat’.

Markah                 :               28/30          

Ulasan
Takrif                     :               Menepati dan menjawab tugasan

Bahasa                  :               Gramatis, luas & tepat penggunaan kosa kata,

Pengolahan          :               Menarik, berkesan,huraian isi jelas dan matang


Contoh Karangan Bahagian B
Soalan 1

Dalam meladeni arus pascamodenisme yang semakin mencabar dari semasa ke semasa ini, nusa yang kita cintai ini semakin utuh dan terkenal di persada antarabangsa. Jelas bahawa pembangunan negara kita semakin rancak dan selaras dengan negara-negara maju yang lain bak aforisme yang sering diperkatakan, ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’. Namun begitu, dari segi pembangunan atau pembinaan jati diri murid yang berdisiplin, negara kita masih belum berjaya sepenuhnya. Semakin negara kita berusaha mencapai status negara maju, semakin meningkat peratus pelajar sekolah yang terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Hal ini telah diakui oleh Datuk Ahmad Fuad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran dalam satu program temu bual tv. Usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk mengatasi kemelut yang semakin meruncing ini. Saya sebagai seorang pengawas yang telah diberikan mandat oleh pihak sekolah, mempunyai cara yang tersendiri untuk membentuk murid yang berdisiplin. Izharnya, seseorang individu yang bergelar pengawas berperanan penting dalam membantu pihak sekolah dalam membentuk murid yang berdisiplin.

                Peranan utama saya untuk membantu pihak sekolah dalam membentuk murid yang berdisiplin adalah menguatkuasakan undang-undang dan peraturan sekolah dengan sebaik mungkin. Hal ini saya anggap afdal kerana pengawas telah diklasifikasikan sebagai orang kedua selepas guru dalam membentuk peribadi murid yang mulia dan mengharmonikan sekolah. Soal membentuk dan melahirkan murid yang berdisiplin amat penting kerana Khalifah Umar Al-Khattab pernah berkata, ‘Jika kamu ingin mengetahui masa depan sesebuah negara, lihatlah generasi muda yang berada di hadapan anda’. Maka,kata-kata ini menunjukkan bahawa generasi muda yang berdisiplin, berdedikasi dan beriltizam dalam setiap aspek amat penting kepada negara dan jatuh bangun sesebuah negara bergantung kepada generasi muda itu. Jadi, saya sebagai pengawas akan menguatkuasakanundang-undang dan peraturan sekolah dengan melakukan beberapa tindakan yang sewajarnya diimplementasikanoleh seorang pengawas sekolah seperti menegur pelajar-pelajar yang berambut panjang, memantau mereka yang berpakaian tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya dan meleraikan pergaduhan antara mana-mana pelajar sekiranya difikirkan tindakan itu tidak membahayakan nyawa. Tindakan-tindakan seperti ini penting atau adiwarna diambil demi memastikan keadaan sekolah aman, sesi pembelajaran (P&P) berjalan lancar dan perhubungan pelajar sentiasa terkawal. Tuntasnya, penguatkuasaan peraturan sekolah merupakan elemen yang penting dalam membentuk modal insan yang madani dan syumul.

                 Selain itu, modus operandi lain yang sepatutnya saya lakukan adalah menunjukkan teladan yang baik kepada semua pihak terutama rakan murid dalam semua aspek termasuk pemakaian, pertuturan, pembelajaran dan yang paling penting, sikap dan perwatakan. Hal ini demikian kerana para pelajar atau murid merupakan insan yang baru sahaja mengenali dunia sebenar. Ramai pelajar atau murid yang masih ‘mentah’ dan mudah terpengaruh dengan sesuatu perkara terutama. Jika persekitarannya baik, maka baiklah seseorang itu. Jika persekitaran sebaliknya pula muncul, natijah yang membawa impak negatif akan ‘menjuarai’ tindakan seseorang. Jadi, para pengawas seharusnya berupaya menjadi suri teladan kepada orang lain dan seharusnya memantapkan diri lagi dengan sifat-sifat yang mulia dan berkarisma. Keupayaan untuk melakukan pengawasan dan pengawalan secara berhikmah merupakan aset berharga seorang pengawas. Saya yakin dan percaya bahawa para pengawas yang mempunyai keperibadian mulia seperti ini sentiasa didambakan oleh para murid justeru menjadikan para pengawas ini sebagai kawan. Jadi, kita seharusnya mendekati para murid itu dengan harapan agar mereka akan menjadi seperti diri kita sendiri. Dengan itu, murid yang berdisiplin dapat dibentuk manakala beban sekolah untuk memastikan semua murid berdisiplin dapat dikurangkan. Senario ini persis slogan ,’Hulurkan tangan ringankan beban’. Oleh itu, melalui peranan ini, saya berharap agar dapat membantu sekolah membentuk murid yang berdisiplin di samping mengekalkan nama baik sekolah.

                Di samping itu, prakarsa ataupun peranan lain yang dapat saya laksanakan adalah sentiasa bersama dengan para murid yang bermasalah dengan nawaitu ingin memberi nasihat dan panduan kepada mereka. Langkah turut serta ini menurut seorang motivator terkenal , Dr. Hushim Yahaya merupakan langkah ‘turun padang’ yang akan merapatkan dan memantapkan hubungan pemimpin dengan pihak yang dipimpin. Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda, ‘Anak-anak yang dilahirkan ibarat sehelai kain putih yang bersih lagi suci. Maka, terpulanglah kepada ibu bapa untuk membentuk akhlak anak-anak sama ada menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani’. Melalui sabda Rasulullah S.A.W. ini, dapatlah kita simpulkan bahawa anak-anak ataupun para murid merupakan manusia yang memerlukan bimbingan dan dorongan daripada semua pihak. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak-anak. Sesetengah murid yang mempunyai masalah tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa yang sibuk bekerja akan melepaskan perasaan tidak puas hati mereka itu di sekolah dengan melanggar peraturan sekolah bermotifkan dendam untuk menyakitkan hati kedua ibu bapa. Saya berpendapat bahawa dengan cara mendekati para murid serta bertanyakan masalah mereka, akan mengurangkan rasa ingin memberontak dalam diri mereka. Dengan memberi nasihat dan menyelesaikan masalah mereka melalui kaedah yang betul, hal ini secara tidak langsung akan menarik minat mereka untuk menjadi murid-murid yang berdisiplin dan berwawasan. Oleh itu, peranan seperti ini perlulah dimainkan agar masyarakat kamil dapat diwujudkan.

                Dalam pada itu, mengajak dan mendorong rakan-rakan melakukan kebaikan merupakan satu tanggungjawab yang sepatutnya saya lakukan bersama dengan murid-murid yang lain. Allah swt. amat menyukai hamba-Nya melakukan kebaikan dengan penuh ketakwaan. Justeru kita boleh memberi panduan, bimbingan dan dorongan serta perangsang kepada para murid yang ingin melakukan kebaikan dengan harapan mereka akan seronok dan teruja melakukan amalan murni ini kerana ada orang atau pihak yang menyokong setiap perbuatan yang dilakukan mereka di samping mereka mendapat ganjaran daripada Allah swt. Selain itu, saya akan berusaha sedaya upaya untuk sentiasa menanamkan sifat-sifat mahmudah dalam diri mereka. Ramai pemikir termashyur seperti Confucius dan Socrates juga amat menekankan penyemaian nilai-nilai moral dalam diri setiap manusia. Jadi, dengan langkah itu, para murid akan lebih tertarik untuk melakukan kebaikan berbanding keburukan. Izharnya, modus operandi seperti ini seharusnya saya lakukan demi memastikan murid yang berdisiplin dapat dibentuk bak kata pepatah, ‘Di mana ada kemahuan, di siru ada jalan’.

                Peranan saya yang terakhir adalah memastikan bahawa saya berfungsi sebagai perantara yang berkesan antara para murid dengan pihak sekolah. Saya seharusnya berupaya menyampaikan maklumat yang jelas kepada murid tentang pelaksanaan peraturan dan undang-undang sekolah agar murid memahami dan menerima perkara tersebut dengan sebaik mungkin. Manakala pihak sekolah yang terdiri daripada pengetua dan lembaga disiplin sekolah serta kaunselor akan saya dan rakan-rakan pengawas yang lain nyatakan permasalahan murid dengan penuh hikmah dan sempurna. Saya merasakan bahawa kemampuan berkonikasi secara berkesan dengan rakan murid dan guru merupakan suatu aset penting. Apabila bercakap dengan murid yang nakal, seharusnya saya menunjukkan sikap yang tegas. Apabila menyampaikan pengumuman semasa perhimpunan, saya akan berusaha menyampaikan informasi dengan jelas. Dengan ini, mesej pihak sekolah akan dapat difahami oleh semua pihak. Jelasnya, peranan ini akan memantapkan hubungan murid dengan pihak sekolah yang akhirnya membentuk disiplin murid.

                Kesimpulannya, tiada penyakit yang tiada ubatnya, dan tiada racun yang tiada penawarnya. Maka, modus operandi yang konkrit, sistematik dan pragmatik perlu diimplementasikan secara berterusan agar murid yang berdisiplin dapat dibentuk. Saya dan beberapa pihak yang lain seperti badan pengawas dan pihak sekolah akan sentiasa menacri jalan atau alternatif untuk memastikan murid yang berdisiplin dapat dibentuk dan hasrat kerajaan untuk melihat ‘sifar masalah disiplin’ dapat direalisasikan pada tahun 2020. Hasrat kerajaan untuk memperkukuh gagasan 1Malaysia akan tercapai dengan terbentuknya murid yang berdisiplin berteraskan nilai perpaduan dan ketaatan. Saya berharap agar peranan yang saya kemukakan tadi akan dapat saya realisasikan dan diadaptasi oleh rakan pengawas yang lain serta pihak-pihak yang lain.

Markah                 :               89/100        

Ulasan
Takrif                     :               Menepati dan menjawab tugasan

Bahasa                  :               Gramatis, luas & tepat penggunaan kosa kata,

Pengolahan          :               Menarik, berkesan,huraian isi jelas dan matang Wacana lengkap.

                                                Ada kesinambungan idea yang jelas antara perenggan

 

 

 

Terkini dari Malaysia : Kabinet 2013

Senarai Menteri Kabinet 2013 (Senarai Lengkap Menteri Malaysia 2013)

 
menteri kabinet 2013

 
 

Senarai Menteri Kabinet 2013 Pilihan Datuk Seri Najib

  • Perdana Menteri Malaysia : Datuk Seri Najib Razak
  • Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Jabatan Perdana Menteri

  • Datuk Seri Jamil Khir Bahrom
  • Datuk Seri Idris Jala
  • Datuk Seri Abdul Wahid Omar
  • Tan Sri Joseph Kurup
  • Puan Hajah Nancy Shukri
  • Datuk Joseph Entulu anak Belalun
  • Datuk Paul Low Seng Kwan
  • Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan Menteri di Jabatan Perdaan Menteri JPM
  • Datuk Razali Ibrahim
  • P Waythamoorthy

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Kewangan 1

  • Datuk Seri Najib Tun Razak
  • Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
  • Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Ahmad Maslan

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi

  • Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi I : Tan Sri Muhyiddin Yassin
  • Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II: Datuk Seri Idris Jusoh
  • Timbalan I: Datuk Mary Yap Kain Ching
  • Timbalan II: P Kamalanathan

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Pertahanan

  • Menteri Pertahanan : Datuk Seri Hishammuddin Hussein
  • Timbalan : Datuk Abdul Rahim Bakri

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Dalam Negeri

  • Menteri Dalam Negeri : Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
  • Timbalan: Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Pengangkutan

  • Menteri Pengangkutan : Datuk Seri Hishammuddin (pemangku)
  • Timbalan: Datuk Abdul Aziz Kaprawi

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Pelancongan dan Kebudayaan

  • Menteri Pelancongan dan Kebudayaan : Datuk Seri Nazri Abdul Aziz
  • Timbalan: Datuk Joseph Salang Anak Gandum

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Luar Negeri

  • Menteri Luar Negeri : Datuk Seri Anifah Aman
  • Timbalan: Datuk Hamzah Zainuddin

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Kerja Raya

  • Menteri Kerja Raya : Datuk Fadillah Yusof
  • Timbalan: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Kesihatan

  • Menteri Kesihatan : Datuk Seri Dr S Subramaniam
  • Timbalan: Datuk Seri Hilmi Yahaya

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Belia dan Sukan

  • Menteri Belia dan Sukan : Khairy Jamaluddin Abu Bakar
  • Timbalan : Datuk M Saravanan

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Sumber Manusia

  • Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot Anak Jaem
  • Timbalan: Datuk Ismail Abd Muttalib

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan : Datuk Hassan Malek
  • Timbalan: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

  • Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri : Datuk Mustapa Mohamad
  • Timbalan: Hamim Samuri

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

  • Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
  • Timbalan: Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

  • Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi : Datuk Dr Ewon Ebin
  • Timbalan: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

  • Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar : Datuk Seri G Palanivel
  • Timbalan: Datuk Dr James Dawos Mamit

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau

  • Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau : Datuk Seri Maximus Ongkili
  • Timbalan: Datuk Seri Mahdzir Khalid

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

  • Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah : Datuk Seri Shafie Apdal
  • Timbalan: Datuk Alexander Nanta Linggi

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

  • Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi : Datuk Seri Douglas Uggah Embas
  • Timbalan: Datuk Noriah Kasnon

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

  • Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Datuk Abdul Rahman Dahlan
  • Timbalan: Datuk Halimah Sadique

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Komunikasi dan multimedia

  • Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
  • Timbalan: Datuk Jailani Johari

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Wilayah Persekutuan

  • Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
  • Timbalan : Datuk Dr Loga Bala Mohan A/L Jaganathan

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

  • Datuk Rohani Abdul Karim
  • Timbalan: Datuk Azizah Mohd Dun

Dikemaskini oleh : Tinta Emas 

Renungan Bersama : Kemiskinan Bukan Penghalang untuk Mencipta Kejayaan

Nur Madihah puasa sebab miskin


KOTA BHARU 14 Mac – “Kadang-kadang saya menitiskan air mata sebab kakak (panggilan keluarga kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, gambar) terpaksa berpuasa sebab tidak ada wang untuk beli makanan.
“Tetapi alhamdulillah, kakak memahami keadaan keluarga. Malah kakak menjadikan ibadah itu sebagai rutin pada setiap hari Khamis dan Isnin sejak berumur 12 tahun.”
Demikian luahan ibu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Mariani Omar, 42, ketika ditanya mengenai kesusahan dia dan suami, Nik Mohd. Kamal Hussein, 41, membentuk seorang insan contoh.
Katanya, biar susah bagaimana sekali pun, anak sulung daripada empat beradik itu tidak pernah merungut.
Malah Nik Nur Madihah, menurutnya, melalui semua kepayahan itu dengan tabah dan menerimanya sebagai cabaran untuk berusaha dengan lebih keras.
“Disebabkan tak ada wang poket, kakak akan makan roti di sekolah dan kerana terlalu banyak makan roti, ia jadi kegemarannya. Malah dia bercita-cita belajar cara buat roti. Kata kakak, dia hendak buat roti banyak-banyak.
“Ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat keadaan anak begitu. Tetapi saya bersyukur kerana dia menerima kekurangan ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Nik Nur Madihah, 18, anak seorang nelayan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah negeri ini apabila memperoleh 20 A dalam peperiksaan SPM 2008.
Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara pelajar cemerlang dengan mendapat 19 1A dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007, Azali Azlan yang memperoleh 21 A.
Dia juga membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk mencapai kecemerlangan walaupun mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.
Kesusahan hidup Nik Nur Madihah yang tinggal di rumah sewa kecil di Pengkalan Chepa dipaparkan di muka depan Utusan Malaysia hari ini.
Mariani berkata, sejak kecil anaknya itu gemar membaca buku dan setiap masa terluang tidak pernah dibiarkan begitu saja.
“Memang dari kecil lagi dia minat benar dengan buku. Saya dan suami tidak pernah paksa kakak membaca buku, kadang-kadang paksa dia suruh berhenti sebab sudah masuk Maghrib.
“Sifat ulat buku ini turun kepada tiga adiknya,” tambahnya.
Menurut Mariani, seorang lagi anaknya kini menuntut dalam tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik Bachok, seorang dalam tingkatan tiga di bawah tajaan Permodalan Nasional Berhad di Bandar Salak Tinggi dan yang bongsu di tahun lima Sekolah Kebangsaan Parang Puting di sini.
Ujarnya, sekiranya Nik Nur Madihah meminta wang untuk membeli buku, dia dan suami akan berusaha mencari wang tersebut tetapi selalunya ia tidak diberi serta-merta kerana kesempitan hidup.
“Kakak tidak banyak kerenah dan agak pendiam. Dia pun tidak beritahu kami dia ambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah saat-saat akhir,” ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm#ixzz2TwU8BJln
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kisah Kejayaan Madihah

KOTA BHARU 14 Mac – “Kadang-kadang saya menitiskan air mata sebab kakak (panggilan keluarga kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, gambar) terpaksa berpuasa sebab tidak ada wang untuk beli makanan.
“Tetapi alhamdulillah, kakak memahami keadaan keluarga. Malah kakak menjadikan ibadah itu sebagai rutin pada setiap hari Khamis dan Isnin sejak berumur 12 tahun.”
Demikian luahan ibu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Mariani Omar, 42, ketika ditanya mengenai kesusahan dia dan suami, Nik Mohd. Kamal Hussein, 41, membentuk seorang insan contoh.
Katanya, biar susah bagaimana sekali pun, anak sulung daripada empat beradik itu tidak pernah merungut.
Malah Nik Nur Madihah, menurutnya, melalui semua kepayahan itu dengan tabah dan menerimanya sebagai cabaran untuk berusaha dengan lebih keras.
“Disebabkan tak ada wang poket, kakak akan makan roti di sekolah dan kerana terlalu banyak makan roti, ia jadi kegemarannya. Malah dia bercita-cita belajar cara buat roti. Kata kakak, dia hendak buat roti banyak-banyak.
“Ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat keadaan anak begitu. Tetapi saya bersyukur kerana dia menerima kekurangan ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Nik Nur Madihah, 18, anak seorang nelayan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah negeri ini apabila memperoleh 20 A dalam peperiksaan SPM 2008.
Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara pelajar cemerlang dengan mendapat 19 1A dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007, Azali Azlan yang memperoleh 21 A.
Dia juga membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk mencapai kecemerlangan walaupun mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.
Kesusahan hidup Nik Nur Madihah yang tinggal di rumah sewa kecil di Pengkalan Chepa dipaparkan di muka depan Utusan Malaysia hari ini.
Mariani berkata, sejak kecil anaknya itu gemar membaca buku dan setiap masa terluang tidak pernah dibiarkan begitu saja.
“Memang dari kecil lagi dia minat benar dengan buku. Saya dan suami tidak pernah paksa kakak membaca buku, kadang-kadang paksa dia suruh berhenti sebab sudah masuk Maghrib.
“Sifat ulat buku ini turun kepada tiga adiknya,” tambahnya.
Menurut Mariani, seorang lagi anaknya kini menuntut dalam tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik Bachok, seorang dalam tingkatan tiga di bawah tajaan Permodalan Nasional Berhad di Bandar Salak Tinggi dan yang bongsu di tahun lima Sekolah Kebangsaan Parang Puting di sini.
Ujarnya, sekiranya Nik Nur Madihah meminta wang untuk membeli buku, dia dan suami akan berusaha mencari wang tersebut tetapi selalunya ia tidak diberi serta-merta kerana kesempitan hidup.
“Kakak tidak banyak kerenah dan agak pendiam. Dia pun tidak beritahu kami dia ambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah saat-saat akhir,” ujarnya.

Buta, miskin tidak halang cemerlang SPM

Nor Izati Mohamad (kiri) berkongsi kegembiraannya bersama Zulaina Hussin di rumahnya di Kampung Pauh Lima, Pasir Puteh, Kelantan, baru-baru ini.


PASIR PUTEH 26 Mac - Buta mata tidak bererti buta hati. Itulah yang dibuktikan Nor Izati Mohamad, 18, apabila membuktikan kekurangan itu bukan halangan untuknya memperoleh keputusan cemerlang 6A dan 3B dalam Sijil Pelajaran Malaysia SPM yang diumumkan baru-baru ini.
Malah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Ismail, Gong Kedak itu juga menjadikan kemiskinan keluarganya sebagai pembakar semangat untuk berjaya dan mencapai cita-cita menjadi seorang pensyarah.
Justeru, anak tunggal kepada ibu tunggal, Zulaina Hussin, 41, ingin menghadiahkan kejayaan tersebut kepada ibunya yang hanya bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah rendah dengan pendapatan RM15 sehari.
"Bagi saya, kemiskinan bukanlah penghalang untuk menempa kejayaan, asalkan kita gigih dan sentiasa bekerja keras setiap masa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Lima, dekat sini.
Nor Izati mendapat A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam, Matematik, dan Kimia, manakala B bagi Matematik Tambahan, Biologi serta Kimia.
Dia sebelum ini pernah dianugerahkan pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah bagi kategori pelajar cacat peringkat negeri Kelantan pada 2010 setelah memperoleh 7A.
Menurutnya, tanpa sokongan ibunya, dia pasti tidak menjadi seseorang yang berjaya kerana setiap hari ibunya perlu berulang-alik menghantar dan mengambilnya dengan berjalan kaki dari sekolah yang terletak kira-kira empat kilometer dari rumah mereka.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0327&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_02.htm#ixzz2TwV6lZ1q
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tinta Emas : Sesiapa sahaja boleh mengecapi kejayaan kerana kejayaan itu datang daripada hasil usaha kita sendiri yang penting kita sanggup untuk korbankan diri sama ada tenaga, wang ringgit, air mata, darah dan sebagainya...

16 Mei; Hargailah Guru Anda :)



Kek semasa sambutan hari guru peringkat KV keningau pada 17 Mei 2013. Sebelum itu, semua guru telah diberi hadiah sempena hari guru pada 16 Mei 2013.



Jamuan ringan.. :)

Lagu Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad


Lagu Biarku Menjadi Lilin - Pelangi

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan
Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan
Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

Guru ialah insan mulia yang mengajar dan mendidik kita tanpa mengira masa , tenaga serta wang ringgit. Mereka ibarat lilin yang membakar diri demi memberikan didikan terbaik kepada pelajar. Tanpa usaha dan pengorbanan guru tidak mungkin pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang Lantaran itu, sewajarnya kita menghargai guru jasa dan pengorbanan para guru.

Budi bahasa dan adab sopan amalan yang mulia. Pelajar yang menjaga tutur kata dan adab ketika berhadapan dengan guru merupakan antara cara kita menghargai jasa guru. Para pelajar perlulah sentiasa bermuka manis sambil mengucapkan selamat sejahtera atau memberi salam ketika berhadapan atau berselisih dengan guru tanpa mengira keadaan. Semasa di dalam kelas, pelajar yang menghormati guru tidak sesekali membuat bising sehingga mengganggu guru menjalankan tugasnya. Mereka sewajarnya memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya semasa pengajaran guru dan sentiasa mengambil peluang bertanya dan berbincang tentang pelajaran. Ketika mengadakan sesi perbincangan di kelas, pelajar perlu menjaga tata susila, tidak meninggikan suara dan memandang guru serta rakan dengan mesra. Bukankah guru merupakan lubuk akal lautan ilmu? Tegasnya, berbudi bahasa serta beradab sopan merupakan amalan terpuji bagi menghargai guru yang mengajar serta mendidik kita.

Selain itu, berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah juga cara menghargai jasa guru. Antara ciri-ciri pelajar berdisiplin ialah mereka sentiasa datang awal ke sekolah, sentiasa menepati masa, tidak terlibat dalam gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng sekolah. Selain itu, pelajar berpakaian seragam dengan kemas dengan rambut bersisir rapi. Amalan seumpama ini, memupuk disiplin pelajar untuk bersedia belajar seterusnya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Jika disiplin terkawal sudah tentu memudahkan tugas guru untuk mengajar seterusnya mendidik pelajar agar berjaya dengan cemerlang. Peribahasa “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”,membuktikan kerjasama erat antara guru dan pelajar dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan pasti menjadi pemangkin kecemerlangan akademik serta sahsiah pelajar. Jelaslah, mematuhi disiplin mencerminkan penghormatan pelajar kepada guru.

Di samping itu, pelajar perlu prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru. Amalan mengingati dan menghargai jasa guru adalah amalan yang mulia. Para guru akan merasakan bahawa jasa mereka dihargai walaupun mereka tidak berkhidmat sebagai seorang tenaga pengajar lagi. Kita boleh menghargai jasa guru dengan meraikan sambutan Hari Guru pada setiap tanggal 16 Mei. Pada hari ini juga,kita boleh memberikan hadiah kepada guru yang mengajar kita sebagai tanda penghargaan atas segala usaha dan titik peluh yang dicurahkan. Hadiah yang diberikan tidak semestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi mestilah disertakan dengan hati yang tulus lagi ikhlas. Barang yang murah akan menjadi tanda mata yang sangat berharga jika pemberian tersebut dengan hati penuh ikhlas. Jika tidak mampu memberi hadiah, ucapan selamat hari guru sudah cukup bermakna buat para guru.

Menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan dan sakit juga cara kita menghargai jasa para guru. Sebagai manusia tentunya para guru menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan. Misalnya guru mungkin ditimpa kemalangan, bencana, menghidapi penyakit dan sebagainya. Sebagai murid, kita perlu menziarahi mereka jika mereka menghadapi situasi tersebut sebagai tanda melahirkan rasa simpati ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa sakitnya. Ketika menziarahi mereka sakit, kita perlulah membawa buah tangan sebagai tanda kita bersimpati terhadap mereka. Jika mereka mengalami kemalangan atau bencana alam, kita perlu mengutip derma bagi meringankan beban yang mereka tanggung. Jelaslah bahawa frasa ‘guru, jasamu dikenang, budimu disanjung’ bukanlah sekadar omongan kosong kerana pengorbanan guru sentiasa dikenang oleh para pelajar.

Selain itu,kita juga boleh menghargai jasa guru dengan mendoakan kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik kita. Mendoakan kesejahteraan guru sama ada semasa hayatnya atau sesudah mereka kembali ke rahmatullah membuktikan kita sentiasa mengenang jasa mereka. Kita perlulah mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan daripada segala bahaya. Hal ini kerana jika guru sihat sudah tentu mereka akan dapat menjalankan tugas mendidik kita dengan sempurna. Bagi mereka yang telah meninggal dunia, kita perlulah mendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan agar mereka sejahtera di alam barzakh. Sesungguhnya harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan sudah tentu jasa serta pengorbanan guru akan terus dikenang sepanjang masa.

Sudah terang lagi bersuluh, jasa dan pengorbanan seseorang guru itu sukar untuk dibalas walau dengan segunung intan. Tanpa guru siapalah kita kerana gurulah yang mengajar kita mengenali erti kehidupan. Justeru, marilah kita bersama-sama menghargai jasa guru agar ilmu yang kita perolehi daripadanya mendapat keberkatan daripada tuhan. Renungilah bait puisi di bawah.

Guru,
kau ibarat dian yang membakar diri
melahirkan insan yang lestari
tanpa mengira waktu dan hari
segala ilmu dicurah dan diberi
kerana kau sedar tanggungjawab yang diberi
tanpamu negara tak mungkin teguh berdiri.

SELAMAT HARI GURU CIKGU!!

Minggu Peperiksaan :)

13/5 sehingga 21/5 merupakan minggu peperiksaan yang sibuk kepada para pelajar KV Keningau termasuk tenaga pengajar yang mengawas dan memeriksa kertas..

Ahad, 28 April 2013

Perkongsian Rahsia Kejayaan Bersama Bekas Pelajar

Perkongsian ini diadakan semasa prep malam 5KATE ( Program Saya Rajin Belajar ) di mana guru membawa bekas pelajar berkongsi rahsia kejayaan mereka. Salah 1 daripada rahsia kejayaan itu ialah "Saya prep malam dengan pemantauan cikgu " - A. Rusillin.

Terima Kasih kepada pelajar yang sudi untuk berkongsi rahsia anda .. :)


Pelajar tekun mendengar rahsia kejayaan Adik Natrah - Pelajar SPM 2012