Pages

Labels

Rabu, 22 Mei 2013

Novel Melunas Rindu

♫ Sinopsis Umum Novel ♫

                 Fuad ialah seorang pemuda yang berketurunan Cina dan beragama Islam. Selain nama Fuad, dia juga memiliki dua nama lain iaitu Joshua dan Abdul Halim. Ayahnya ialah Robert Lim yang berketurunan Cina dan berkahwin dengan Mariana yang berketurunan Melayu. Walau bagaimanapun, hidupnya penuh dengan liku kerana sejak kecil lagi dia tidak mengenali dan tidak mendapat kasih sayang daripada ibu dan bapanya. Dia dibesarkan oleh Peter Lim iaitu bapa saudaranya yang juga abang kepada Robert Lim iaitu ayah kandungnya yang sebenar. Selepas itu dia menjadi anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad berusaha untuk mencari kubur ibunya yang disangkanya sudah meninggal dunia. Fuad mendapat sokonganFuad yang telah diminta moral daripada Pak Ismail, Mak Salmah, Peter Lim, Swee Lan, dan Robert Lim sendiri memberikan bantuan untuk mengesan ibunya melalui cincin yang diberikan Robert Lim kepada Mariana. Selain itu, Fuad juga dibantu oleh Pak Said dan Pak Ngah Lias untuk mengesan kubur ibunya itu. Akhirnya Fuad mendapat maklumat bahawa ibunya tidak meninggal dunia dan masih hidup. Fuad telah ditawarkan sebagai guru sandaran tidak terlatih di Sekolah Menengah Seri Setia oleh Cikgu Abas. Setelah mempertimbangkan Fuad telah menerima tawaran tersebut. Di sekolah itu Fuad telah berkenalan dengan Farhana yang menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolah yang sama. Fuad sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugasnya dan hubungannya menjadi semakin rapat dengan Farhana. Hubungan yang rapat itu akhirnya melahirkan perasaan cinta yang suci antara mereka berdua. Walau bagaimanapun, perasaan itu terpaksa diubah kerana hubungan mereka sebenarnya adalah sebagai adik-beradik daripada ibu yang sama tetapi berlainan bapa.Sementara itu Farhana menghadapi konflik dengan Cikgu Zamani di sekolah. Hal ini demikian kerana, Cikgu Zamani selalu mengkritik dan mengutuknya dengan pelbagai kritikan dan kutukan. Farhana pula mengatakan bahawa Cikgu Zamani tidak sepatutnya ponteng kelas dan tidak menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Sepatutnya cikgu Zamani melakukan tindakan yang selaras dengan perkara yang dikatakannya. Dia selalu mengatakan orang lain sahaja yang melakukan kesalahan dan kesilapan tetapi tidak menyedari bahawa dia sendiri melakukan kesalahan.Fuad pula menunjukkan keprihatinannya dengan mengambil berat terhadap Farhana. Sebagai contohnya, Fuad mengajak Farhana menaiki keretanya dan dia menghantar Farhana ke rumah ibu Farhana di Kuantan. Selain itu, Fuad juga menemani Farhana di hospital ketika ibu Farhana, iaitu Mariana yang diserang sakit lelah dimasukkan ke hospital. Ketika berada di hospital itulah Fuad mengetahui bahawa nama emak Farhana itu sama dengan nama ibu kandungnya selepas terpandang nama emak Farhana pada rekod catatan perubatan ibu Farhana.Fuad terpaksa menenangkan perasaan Farhana yang agak sukar menerima hakikat bahawa mereka berdua ialah adik-beradik. Fuad cukup bersedia untuk menerima hakikat itu kerana dia sudah biasa hidup dalam keadaan yang penuh dengan cabaran dan masalah. Ayah kandung Fuad juga mengesali perbuatan silamnya yang meninggalkan Mariana selepas tiga bulan berkahwin tanpa sebarang berita. Robert Lim memohon maaf daripada Pak Ismail, Mak Salmah dan juga Mariana atas kesalahan-kesalahannya itu. Fuad juga akhirnya menerima hakikat bahawa Robert Lim ialah ayah kandungnya, Mariana sebagai ibu kandungnya dan juga Farhana sebagai adik kandungnya.

♫ Sinopsis Ikut Bab ♫

 Bab 1 ♫
· Fuad yang mencari kayu api tiba lewat di rumahnya.
· Selepas solat meghrib di rumah, Fuad ke surau untuk solat isyak berjemaah.
· Sementara menanti waktu isyak, Fuad belajar membaca al-quran dengan bimbingan Pak Ismail.
· Fuad ke rumah Borhan apabila mengetahui anaknya demam. Dengan pertolongan Fuad, anak Borhan
  dibawa ke klinik.
· Sementara menanti anak Borhan diperiksa doktor, Fuad ke bangunan bank yang berdekatan.
· Fuad menyemak jumlah baki wang simpanannya menggunakan mesin ATM. Ayahnya telah
  memasukkan wang sebanyak RM200 ribu dalam akaun simpanannya.
· Fuad merancang untuk membeli sebuah kereta dengan wang pemberian ayahnya itu.


 Bab 2 
· Petang itu, Fuad pergi ke Pantai Batu Buruk dengan kereta baru yang dibelinya secara tunai.
· Fuad teringat akan kisah lalu. Hampir setahun lamanya dia mencuba memulihkan keadaan di Danau
  Seberang; menghadapi kebencian Mak Salmah dan cemuhan orang kampung.
· Mak Salmah tidak dapat memaafkannya atas kehilangan anak perempuan kesayangannya, Sofia.
· Pak Ismail mempertahankannya dan mendekatkannya kepada Allah.
· Akhirnya, kemarahan orang kampung surut dan kebencian Mak Salmah berkurang.
· Fuad menguruskan perkahwinan Borhan dengan Maznah. Segala perbelanjaan perkahwinannya
  ditanggung oleh Fuad.
· Fuad berasa terkilan kerana semasa hayatnya, Sofia tidak mengetahui bahawa mereka bersaudara.
· Menjelang senja Fuad pulang ke rumah. Pak Ismail menunggunya untuk solat berjemaah di surau.
· Ketika makan malam, Fuad diberitahu oleh Mak Salmah bahawa ada orang yang mencarinya.
· Fuad menyatakan keinginannya untuk membeli sebidang tanah milik Awang Sojar kepada Pak
  Ismail.

♫ Bab 3 
· Fuad, Pak Ismail, dan Mak Salmah mengusahakan tanah seluas setengah ekar yang dibeli oleh Fuad.
· Walaupun Pak Ismail membantah, Fuad tetap menamakan Pak Ismail sebagai pemilik tanah itu.
· Mak Salmah teringat akan kesedihannya yang kehilangan Sofiawalaupun Sofia hanya anak angkatnya.
· Tindakan Fuad yang melarikan Sofia dan menyerahkan kepada ibu bapa kandungnya menyebabkan dia membenci Fuad. Keikhlasan Fuad menyebabkan hatinya tersentuh untuk memafkan Fuad dan menerima ketentuan Ilahi.
· Untuk menghilangkan rasa sepinya, dia banyak menghabiskan masa melakukan pelbagai kerja serta membaca al-Quran dan buku agama.
· Cikgu Abas datang untuk menawarkan pekerjaan kepada Fuad. Fuad diharapkan dapat menjadi guru sandaran atau guru kelas bimbingan.

♫ Bab 4 ♫
· Pagi itu, Fuad ke sekolah Menengah Seri Setia untuk menjadi guru sandaran.
· Kehadirannya disambut mesra oleh guru-guru lain termasuk Cikgu Abas, Guru Penolong Kanan.
· Fuad diperkenalkan dengan Cikgu Farhana, Ketua Panitia Bahasa Inggeris.
· Farhana agak gusar untuk menerima Fuad yang memiliki ijazah Pentadbiran Perniagaan dari universiti ternama di Amerika.
· Farhana menerangkan jadual harian, kelas, dan pencapaian pelajar kepada Fuad. Mereka berbincang tentang teknik pengajaran dan pemarkahan Bahasa Inggeris.

 ♫ Bab 5  ♫
· Farhana tekun menyiapkan senarai program untuk dibentangkan pada mesyuarat kurikulum.
· Fuad yang datang untuk memulangkan buku yang dipinjamkannya diminta memberikan pandangannya dan menekankan bahawa mereka perlu bekerjasama untuk memastikan kejayaan program tersebut.
· Fuad meminta Farhana mengambil jagung yang dibawanya pada waktu pulang sekolah.

 ♫ Bab 6  ♫
· Fuad yang ke kantin untuk melepaskan dahaga terserempak dengan Cikgu Zamani.
· Fuad mengagumi Cikgu Zamani yang dalam pengetahuan ilmu agamanya dan pandai berbahas.
· Chin datang untuk menanyakan khabar dan keadaan Fuad untuk disampaikan kepada ayah Fuad.
· Chin memujuk Fuad menziarahi ayahnya dan membantu perniagaan ayahnya.
· Fuad diharapkan dapat menziarahi bapa dan emak saudaranya yang dirinduinya.
· Fuad teringat akan arwah ibunya yang tidak pernah ditemui selama ini.
· Fuad menceritakan kedatangan Chin kepada Pak Ismail dan keinginannya untuk mencari pusara ibunya di Sungai Ruan.

 ♫ Bab 7  ♫
· Fuad bertemu dengan Farhana ketika singgah di stesen bas untuk membeli buah tangan untuk keluarganya.
· Farhana yang hendak pulang ke kampung dipelawa menumpang kereta Fuad.
· Dalam perjalanan, Fuad dan Farhana menceritakan kisah keluarga masing-masing.
· Fuad singgah di rumah Farhana sebelum meneruskan perjalanannya ke Sungai Ruan.

 ♫ Bab 8  ♫
· Fuad tiba di rumah Peter Lim hampir tengah malam dan terkejut dengan keuzurannya.
· Fuad membayar yuran peperiksaan Ah Soh dan berjanji akan menanggung perbelanjaan persekolahan Ah Soh dan Mei Lin
· Fuad menyatakan tujuan kedatangannya untuk mencari pusara ibunya dan saudara sebelah ibunya.
· Peter Lim dan Swee Lan memberikan kerjasama dan maklumat yang diperlukan.
· Fuad ke surau dan bertemu dengan Pak Said yang bersetuju untuk menemaninya ke Lembah Klau.

 ♫ Bab 9  ♫
· Farhana resah menanti panggilan telefon daripada Fuad hingga menyebabkan ibunya menegur sikapnya.
· Farhana teringat akan keperitan hidupnya semasa belajar di London.
· Dia terpaksa memasak dan mengikut perut untuk mencukupkan wang biasiswanya.
· Ibu Farhana teringat akan arwah suaminya, Fakharudin yang meninggal dunia akibat pembengkakan usu, menerimanya seadanya dan menjaganya dengan baik.

 ♫ Bab 10  ♫
· Fuad dan Pak Said ke perkampungan Felda Lembah Klau untuk menemui Pak Ngah Lias, jiran datuk Fuad.
· Pak Ngah Lias gembira dengan kedatangan Fuad dan bersetuju untuk menemani mereka ke Kuala Lipis, rumah Mariah, kakak angkat ibu Fuad.
· Daripada cerita Pak Samsudin, jiran Mariah, Fuad mendapat harapan baru bahawa ibunya masih hidup.
· Peter Lim meminta Fuad bertemu dengan ayahnya di Kuala Lumpur untuk mendapatkan gambar ibunya dan cincin bagi memudahkan pencariannya.

♫ Bab 11 ♫
· Cikgu Abas dicengkam perasaan marah. Cikgu Abas marah kerana pelajar-pelajar di dalam kelas lanjutan berbuat bising. Beliau juga marah kerana guru yang ada halangan untuk mengajar kelas lanjutan tidak memaklumkan kepada pelajar. Selain itu, beliau juga marah kepada Cikgu Zamani yang ponteng mengajar kelas Geografi
· Semasa mesyuarat guru keesokan harinya, Cikgu Abas meluahkan kemarahannya terhadap sikap sesetengah guru yang yang tidak amanah
· Pengetua sekolah Tuan Haji Samad menegaskan bahawa dia tidak akan berkompromi dengan guru yang sering ponteng kelas
· Guru-guru juga diberi peringatan agar tidak mendengar khabar angin atau menyebarkan khabar angin bahawa kelas lanjutan telah dimansuhkan.
· Fuad berfikir-fikir sama ada dia bersalah dalam hal itu meskipun dia tidak pernah ponteng mengajar kelas lanjutan.

 ♫ Bab 12  ♫
· Farhana menerima sekeping kad hari jadi yang berwarna merah jambu daripada Fuad.
· Fuad membawa Farhana keluar makan di Restoran Terapung di Taman Syahbandar.
· Farhana merupakan gadis yang cukup istimewa di mata Fuad, sebaliknya Farhana beranggapan bahawa dirinya tidak seistimewaSofia.
· Farhana memohon maaf kepada Fuad selepas Fuad menegaskan bahawa Sofia adalah adiknya.
· Fuad memperkenalkan Farhana kepada Pak Ismail dan Mak Salmah.
· Kedatangan Farhana disambut mesra oleh Mak Salmah yang masih tidak dapat melupakan Sofia.
· Farhana simpati akan penderitaan yang ditanggung oleh Mak Salmah.
· Selepas solat isyak, Fuad menghantar Farhana pulang ke rumahnya.

 ♫ Bab 13  ♫
· Fuad agak segan apabila terdengar bunyi hingga di rumah Cikgu Zamani. Sewaktu itu, dia tiba lewat berasa segan jika majlis telah bermula. Fuad beranggapan orang sudah membaca tahlil pada waktu dia tiba atau pada waktu itu orang sudah mulai mengedarkan hidangan
· Majlis itu hanya dihadiri oleh guru-guru bujang Sekolah Seri Setia iaitu Cikgu Armin, Cikgu Azli, dan Cikgu Rosli.
· Cikgu Zamani menasihati Fuad agar memilih perempuan yang baik untuk dijadikan isteri.
· Fuad akhirnya dapat mengagak tujuan sebenar Cikgu Zamani menjemputnya ke rumah iaitu menyertai parti politik.
· Dalam perjalanan pulang, Fuad terkenang akan Farhana. Dia berjanji akan membawa Farhana lebih kerap ke rumahnya agar Farhana dapat membahagiakan Mak Salmah.

 ♫ Bab 14 ♫
· Perwatakan Robert Lim berubah kepada seorang yang berwibawa kepada seorang yang perengus. Sikap itu berlaku lantaran masalah perniagaannya yang menemu jalan buntu. Selain itu, dia juga berasa kesepian sejak ditinggalkan oleh Susan. Dia juga memikirkan Mariah yang ditinggalkan selepas tiga bulan berkahwin.
· Robert Lim dan Chin ke Terengganu untuk memberikan cincin dan gambar Mariah kepada Fuad.
· Fuad ketika itu tiada di rumah Pak Ismail ketika Robert Lim tiba kerana menziarahi ibu Farhana yang sakit lelah secara tiba-tiba.
· Robert Lim menyatakan kedatangannya kepada Pak Ismail. Dia ingin memberikan cincin bagi memudahkan Fuad mencari ibunya.
· Robert Lim, Chin dan Pak Ismail bertolak ke Kuantan untuk bertemu dengan Fuad.

 ♫ Bab 15  ♫
· Fuad resah gelisah kerana Farhana kerap kali bertengkar dengan Cikgu Zamani berpunca daripada sikap Cikgu Zamani yang sering lupa atau lewat masuk ke kelas.
· Fuad menelefon Farhana untuk memberikan sokongan kepadanya. Sebaliknya, rakan serumah Farhana memaklumkan bahawa Farhana pulang ke Kuantan kerana ibunya sakit dan dirawat di hospital.
· Fuad mengambil keputusan drastik untuk ke Kuantan, menuruti Farhana.

 ♫ Bab 16  ♫

· Fuad tiba di Hospital Tengku Afzan Ampuan. Farhana membawa Fuad melawati ibunya yang dirawat di tingkat empat.
· Fuad terkejut apabila melihat nama yang tertera pada kad rawatan ibu Farhana.
· Farhana juga agak terkejut apabila mendapati nama ibu mereka sama iaitu Mariana binti Osman.
· Ketibaan Robert Lim dan Pak Ismail ke hospital itu akhirnya menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran Fuad dan Farhana, iaitu mereka berdua adalah adik beradik.

 ♫ Bab 17  ♫
· Fuad dan Farhana bersepakat untuk menyimpan dahulu rahsia daripada ibu mereka yang masih uzur.
· Fuad bercadang hendak membuat kenduri kesyukuran di Danau Seberang.
· Cikgu Zamani akan ditukarkan ke sekolah lain, manakala Fuad akan ke MPIK untuk mengambil Kursus Bahasa Inggeris.

 ♫ Bab 18 ♫
· Imbasan kembali kisah Mariana – Mariana ditinggalkan oleh Roslan. Dia menjadi gila meroyan
  selepas bersalin.
· Anak Mariana iaitu Abdul Halim atau nama lainnya Fuad telah dilarikan orang.
· Setelah pulih daripada penyakitnya dia berkahwin dengan Fakhrudin yang bertugas sebagai pegawai
  polis.
· Dalam perkahwinan tersebut dia dikurniakanlima orang anak tetapi dia masih tidak dapat melupakan
  Abdul Halim/Fuad.
· Akhirnya Fuad kembali ke pangkuan ibunya.

 ♫ Bab 19  ♫
· Fuad membawa ibunya, Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah di Mekah.
· Mariana berpesan kepada Farhana agar menjaga adik-adiknya semasa pemergiannya.
. Robert Lim turut mengucapkan selamat jalan kepada mereka.

♫ TEMA ♫


          Persoalan pokok dalam novel MELUNAS RINDU adalah kasih sayang. Hal ini demikian kerana persoalan kasih sayang diungkapkan dalam setiap aspek penceritaan peristiwa yang berlaku kepada watak utama dan watak sampingan. Bermula daripada kasih sayang seorang anak kepada ibu bapa sama ada ibu bapa sebenar atau ibu bapa angkat, kasih sayang kepada sahabat, kasih sayang kepada teman seperjuangan dalam bidang pendidikan, kasih sayang kepada penciptaNya, kasih sayang kepada anak murid, kasih sayang kepada profesion perguruan, kasih sayang kepada tanah dengan cara berbudi kepada tanah dan sebagainya. Dapat dikatakan bahawa tidak satu inci ruangpun dalam novel ini yang tidak memaparkan persoalan kasih sayang. Dan kerana kasih sayang jugalah timbul kegigihan, kesungguhan dan keikhlasan watak utama dan sampingan untuk mencari jati diri sebagai seorang muslim sejati dan anak yang bertanggungjawab kepada keluarga sendiri. Kasih sayang yang dipaparkan oleh pelbagai watak dalam novel ini bak lautan yang tak bertepi, bahkan jika ada sedikit pergeseran akan segera diselesaikan bak kata pepatah, "biduk lalu kiambang bertaut". Kasih sayang yang wujud secara ikhlas dari dalam diri membolehkan watak utama dan sampingan menerima semua suratan yang ditakdirkan dengan rasa rendah diri dan bersyukur kepada penciptaNya.


♫ Watak dan Perwatakan ♫

Watak Utama Fuad (Joshua atau Abdul Halim) 

1. Watak Fuad digambarkan oleh pengarang sebagai seorang anak muda yang kacak, tubuhnya tinggi, berdarah kacukan Cina dan Melayu, iaitu ayahnya berketurunan Cina dan emaknya pula berketurunan Melayu. 
2. Selain itu, Fuad memiliki kelulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari universiti ternama di Amerika Syarikat. 
3. Fuad bekerja sebagai guru sementara yang mengajarkan Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia. 
4. Dia juga seorang yang dedikasi terhadap tugasnya sebagai guru, contohnya dia tidak pernah ponteng kelas dan sanggup pulang lewat untuk membimbing anak-anak muridnya yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. 
5. Fuad ialah seorang yang taat akan perintah agama dan sebagai buktinya dia tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam perjalanan jauh atau sebagai musafir dia menunaikan solat qasar. Sebagai contohnya, Fuad berhenti di sebuah masjid untuk menunaikan soalat qasar ketika dia dan Farhana dalam perjalanan ke Kuantan. 
6. Fuad ialah seorang anak muda yang tabah menghadapi cabaran hidup yang penuh dengan liku dan dia tidak pernah mengesali nasibnya itu, contohnya dia tabah menghadapi hidupnya tanpa ibu dan bapa di sisinya. Dia cuma menumpang kasih sayang daripada bapa dan ibu saudaranya iaitu Patrik Lim dan Swee Lan. Selain itu, dia juga menumpang kasih sayang daripada keluarga angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah. Bukti lain ialah dia tabah menghadapi kenyataan bahawa Farhana ialah adik kandungnya sendiri yang berlainan bapa. 
7. Fuad juga digambarkan sebagai seorang yang penyayang, contohnya dia sayang akan apaknya dan juga adik-adik sepupunya. Buktinya dia sanggup memberikan wang dan menanggung persekolahan Ah Soh yang sedang belajar di tingkatan enam atas. 
8. Fuad turut digambarkan sebagai orang yang suka menolong orang lain. Sebagai contohnya, dia membantu Farhana untuk menjaga ibunya yang sakit di hospital dan mengambil berat akan adik-adik Farhana. 
9. Selain itu, Fuad seorang yang murah hati dalam menghulurkan sebarang bantuan, contohnya dia dengan murah hati membayar bil rawatan anak rakannya, iaitu Borhan yang demam panas. Di samping itu, Fuad juga murah hati dengan membelikan Pak Ismail sebuah motosikal untuk kegunaannya seharian. Fuad juga murah hati dengan memberi jagung yang ditanamnya sendiri kepada Farhana dan guru-guru di sekolahnya. 
10. Selain itu, Fuad digambarkan sebagai seorang yang menghormati orang lain, contohnya dia menghormati Pak Ismail dengan Mak Salmah dan tidak pernah meninggikan suaranya ketika berbicara. Contoh yang lain ialah dia menghormati Cikgu Zamani dengan memenuhi jemputan untuk makan malam di rumahnya. 



Watak Sampingan :FARHANA 


1. Pengarang menggambarkan Farhana bertubuh kecil molek, berkulit putih dan cantik orangnya. 
2. Farhana berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Inggeris dari universiti luar negara. 
3. Farhana berumur dua puluh empat tahun.Farhana bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia. 
4. sekolah itu dia diamanahkan untuk menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan membantu Pengetua dan Penolong Kanan dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris. 
5. Farhana ialah seorang yang periang, mudah ketawa dan mudah untuk diajak berbual. 
6. Dia juga seorang yang nakal dan lincah. 
7. Dia juga seorang yang dedikasi dan komited terhadap tugasnya sebagai guru, contohnya dia tidak pernah ponteng kelas lanjutan seperti yang dilakukan oleh ikgu Zamani. Dia berusaha untuk membantu anak-anak muridnya untuk lulus dalam peperiksaan Bahasa Inggeris. 
8. Selain itu, Farhana turut digambarkan sebagai seorang yang penyayang, contohnya dia sayang akan emak dan adik-adiknya. 
9. Di samping itu, dia juga menyimpan perasaan sayang terhadap Fuad. Akhirnya perasaan sayang itu bertukar menjadi perasaan sayang kepada abang kandungnya sendiri. 
10. itu, Farhana digambarkan sebagai seorang anak yangbertanggungjawab terhadap keluarganya sendiri. Sebagai contohnya, Farhana segera pulang ke Kuantan untuk menjaga ibunya yang sakit lelah dan dimasukkan ke hospital. Dia sanggup tidur di hospital semata-mata untuk menjaga ibunya yang sakit itu. 
11. Walau bagaimanapun Farhana juga digambarkan sebagai seorang yangtegas pendirian, contohnya dia tetap mempertahankan pendapat ketika bertengkar dengan Cikgu Zamani yang suka ponteng kelas di sekolah. 
12. Selain itu, Farhana juga seorang yang berani menegakkan kebenaran, contohnya dia berani berhujah dengan Cikgu Zamani yang selalu ponteng kelas dan suka mengkritiknya. 
13. Walaupun perwatakannya nampak kasar dan tegas tetapi Farhana sebenarnya seorang yang sensitif dan beremosi contohnya, dia menangis dan berasa sedih apabila Fuad memberitahunya tentang hubungan mereka sebenarnya ialah adik-beradik. Dia agak sukar untuk menerima kenyataan itu pada peringkat awalnya.

♫ PLOT ♫


Plot bermaksud jalinan cerita atau peristiwa dalam sesebuah cereka. Jalinan tersebut berkembang berdasarkan hukum sebab dan akibat. Peristiwa atau cerita itu selalunya dijalin secara kronologi atau tidak secara kronologi. Jika peristiwa dijalin secara kronologi bermaksud peristiwanya disusun mengikut urutan masa. Sementara itu, jika peristiwa tidak dijalin secara kronologi, bermaksud peristiwanya tidak disusun mengikut urutan masa. Biasanya plot sesebuah novel terbahagi kepada dua iaitu binaan plot dan teknik plot. 

Binaan Plot 
Binaan plot bermaksud plot cerita terbina daripada beberapa bahagian penting. Kebiasaannya, binaan plot terdiri daripada lima bahagian, iaitu permulaan (eksposisi), perkembangan, perumitan, puncak (klimaks), dan peleraian. Bahagian permulaan atau eksposisi merupakan bahagian yang memperkenalkan watak-watak. Watak-watak akan diperkenalkan dari segi fizikal, emosi serta berkaitan dengan persekitaran dan watak-watak lain. Kemudian watak-watak itu akan berkembang dan berinteraksi pada bahagian perkembangan cerita. Seterusnya, perhubungan antara watak itu akan menimbulkan konflik yang kemudiannya menjadi rumit pada bahagian perumitan. Pada peringkat tersebut selalunya konflik akan berterusan dan menjadi bertambah rumit.Plot akan terus bergerak ke bahagian puncak atau klimaks cerita. Pada peringkat ini, keadaan menjadi semakin mendebarkan, kritikal, ngeri, dan cemas akibat konflik atau pertentangan antara watak. Selanjutnya, bahagian puncak itu akan mencapai ke satu tahap, iaitu sampai ke tahap penyelesaian. Akhirnya, plot bergerak terus ke tahap peleraian, iaitu semua konflik dan pertentangan akan diselesaikan atau terlerai. 


PERMULAAN (EKSPOSISI) 
Pada peringkat ini pembaca diperkenalkan dengan watak utama novel ini iaitu Fuad. Selain itu pengarang juga memperkenalkan watak-watak sampingan lain seperti Farhana, Pak Ismail, Mak Salmah, dan Cikgu Abas. Perkara ini dibuktikan dalam bahagian-bahagian awal novel ini. Sebagai contohnya, dalam bahagian awal novel ini, pengarang menceritakan Fuad yang lewat pulang pada suatu senja kerana mencari kayu api telah menyebabkan Pak Ismail dan Mak Salmah berasa bimbang. Kita juga mengetahui bahawa Fuad ialah seorang mualaf yang taat akan agama iaitu tidak pernah meninggalkan solat lima waktu dan dia selalu menunaikan solat berjemaah di surau. Dia juga rajin membaca al-Quran dengan bimbingan Pak Ismail. Kita juga mengetahui bahawa Fuad sebenarnya anak angkat kepada Pak Ismail dengan Mak Salmah. 


PERKEMBANGAN 
Dalam bahagian ini, pengarang memaparkan perkembangan cerita iaitu Fuad telah memulakan tugasnya sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia dan dia cuba menyesuaikan diri dan bekerjasama dengan Farhana yang menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolah itu. Seterusnya pengarang mengembangkan cerita seterusnya dengan menjelaskan hasrat Fuad untuk mencari kubur ibunya. Sebagai contohnya, Fuad menyatakan hasratnya itu kepada Pak Ismail dan Mak Salmah dan mereka berdua tidak menghalangnya. Seterusnya, dia berusaha untuk mencari kubur emaknya itu melalui maklumat daripada Peter Lim dan Swee Lan, bapa dan ibu saudaranya. Akhirnya, Fuad dibantu oleh Pak Said yang menawarkan diri untuk mencari kubur ibunya itu. Hubungan Fuad dengan Farhana pula menjadi semakin rapat pada peringkat ini. 


PERUMITAN 
Dalam bahagian ini, Fuad mendapat maklumat daripada Pak Ngah Lias iaitu jiran datuknya iaitu Seman bahawa ibunya tidak meninggal dunia seperti yang disangkanya. Hal ini dibuktikan oleh Pak Ngah Lias bahawa mereka tidak mengetahui maklumat tentang kubur ibunya itu dan mereka juga tiada maklumat tentang kematian ibunya. Pak Samsudin, jiran Mariah iaitu kakak angkat emak Fuad mengatakan bahawa emak Fuad memang bersalin di Kuala Lipis tetapi tidak meninggal dunia. Perkara ini menyebabkan Fuad berasa lebih bersemangat untuk mencari ibu kandungnya. Sementara itu, hubungan Farhana dengan Cikgu Zamani pula menjadi semakin tegang. Hal ini terbukti melalui peristiwa pertengkaran antara mereka berdua akibat kesalahan Cikgu Zamani yang tidak masuk ke kelas semasa kelas lanjutan. Pada bahagian ini juga, ibu Farhana jatuh sakit dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Ampuan Afzan di Kuantan akibat penyakit lelah. Fuad pergi ke Kuantan dan menemani Farhana yang menjaga ibunya yang sakit di hospital. 


PUNCAK (KLIMAKS) 
Pada bahagian ini pengarang menggambarkan kepada kita tentang peristiwa Fuad terpandang nama ibu Farhana semasa dia menemani Farhana menjaga ibunya itu di hospital. Nama ibu Farhana iaitu Mariana binti Osman itu sama dengan nama emak kandungnya. Hal ini menyebabkan dia berasa terkejut dan mengharapkan agar jika ibunya masih hidup, tetapi bukannya emak Farhana. Setelah berbincang dan mendapatkan maklumat yang lebih lanjut daripada Farhana, Fuad akhirnya menerima hakikat bahawa emak Farhana itu juga ialah emak kandungnya. Walau bagaimanapun Farhana agak sukar untuk menerima hakikat bahawa dia dengan Fuad sebenarnya ialah adik-beradik yang berlainan bapa. 


PELERAIAN 
FuadFarhana dapat menyesuaikan diri bahawa mereka berdua ialah adik-beradik. Robert Lim, iaitu ayah kandung Fuad juga mengesahkan bahawa Mariana iaitu emak Farhana itu juga ialah emak Fuad, iaitu isteri yang pernah dikahwininya suatu masa dahulu. Farhana juga sudah pulih daripada kejutan kerana mengetahui bahawa dia dengan Fuad ialah adik-beradik kandung. Perasaan sayang sebagai kekasih sebelum itu sudah berubah menjadi perasaan sayang kepada seorang abang kandung. Selain itu, Fuad telah diterima untuk mengikuti kursus KPLI untuk melayakkannya menjadi seorang guru yang terlatih. Seterusnya, Fuad membawa ibunya, Pak Ismail dan Mak Salmah menunaikan umrah dan ayahnya, Robert Lim mengatakan bahawa dia juga akan menyusul kemudian. 

♫ TEKNIK PLOT ♫


Teknik plot merujuk kepada cara atau kaedah pengarang mengembangkan plot cerita supaya menjadi lebih menarik dan menambat hati pembaca. Perkara ini menyebabkan pembaca ingin meneruskan pembacaannya hingga ke penamat cerita. Biasanya, teknik plot yang digunakan ialah dialog, monolog, monolog dalaman, pemerian, imbas kembali, imbas muka, kejutan dan saspens. 

DIALOG. 
Dialog bermaksud pertuturan atau percakapan sekurang-kurangnya antara dua watak ataupun lebih. Pengarang menggunakan teknik ini untuk menggerakkan atau mengembangkan cerita selanjutnya. Melalui dialog, pengarang dapat memaparkan atau menggambarkan pendapat atau pemikiran berkenaan dengan tema atau persoalan dalam novel tersebut. Sebagai contohnya, Fuad berdialog dengan Borhan tentang rancangannya untuk membawa anak Borhan dan Masnah yang demam panas ke klinik pada suatu malam. 


MONOLOG 
Teknik ini merujuk kepada pengucapan atau tutur kata oleh sesuatu watak secara bersendirian. Dengan perkataan lain, teknik monolog bermaksud sesuatu watak itu akan bercakap seorang diri. Kadangkala, monolog itu juga mungkin berupa doa, rungutan, keluh-kesah ataupun ratapan. Sebagai contohnya, Fuad berdoa dengan memohon kepada Allah agar hatinya menjadi tabah untuk menghadapi dugaan. 


MONOLOG DALAMAN 
Teknik ini merujuk kepada percakapan, lintasan, atau rintihan dalam hati atau fikiran sesuatu watak dan tidak diketahui oleh watak-watak yang lain, contohnya pengarang menggunakan teknik ini semasa Fuad berkata dalam hatinya tentang nama ibu Farhana.


PEMERIAN 
Teknik pemerian digunakan oleh pengarang untuk menerangkan peristiwa dalam plot secara langsung. Hal ini bermaksud, pengarang menerangkan atau menggambarkan sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung. Dengan perkataan lain, pengarang seolah-olah menjadi tukang cerita dan menggambarkan sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung, contohnya pengarang menggambarkan keadaan di bandar Kuala Terengganu pada suatu pagi. 


IMBAS KEMBALI 
Teknik ini merupakan satu teknik plot yang digunakan oleh pengarang untuk menceritakan sesuatu peristiwa yang sudah berlaku sebelum peristiwa itu. Pengarang menggambarkannya melalui ingatan, kenangan, lintasan atau imbasan sesuatu watak terhadap sesatu peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Sebagai contohnya, Swee Lan teringat akan kepulangan Fuad pada suatu senja lebih setahun yang lalu. 


IMBAS MUKA 
Teknik ini merupakan satu teknik plot yang digunakan untuk memberikan bayangan awal tentang sesuatu peristiwa atau perkara yang akan berlaku dan masih belum berlaku lagi. Bayangan tersebut mungkin berpunca daripada sesuatu aksi watak atau aksi watak-watak lain atau perkara-perkara lain. Sebagai contohnya, pengarang menggambarkan kemungkinan Cikgu Abas akan meluahkan perasaan marahnya kepada guru yang enggan melaksanakan tugas dalam mesyuarat guru esok harinya. 


SASPENS 
Teknik ini merujuk kepada peristiwa yang menggambarkan perasaan tertanya-tanya dan ingin tahu para pembaca untuk mengikuti cerita. Pembaca ingin tahu perkara yang akan berlaku seterusnya. Sebagai contohnya, peristiwa Fuad mendapati akaun banknya mengandungi wang lebih daripada dua ratus ribu ringgit telah menimbulkan perasaan ingin tahu para pembaca tentang wang yang begitu banyak yang terdapat di dalam akaun bank Fuad. Pembaca ingin tahu dari mana sumber wang tersebut diperolehnya. 


KEJUTAN 
Teknik ini merujuk kepada keadaan atau peristiwa yang berlaku tanpa disangka-sangka oleh pembaca. Dengan kata lain, pembaca tidak dapat menjangkakan peristiwa itu akan berlaku dan peristiwa tersebut berlaku secara mengejut. Pengarang menggambarkan teknik ini melalui peristiwa Fuad yang terkejut apabila mendapati bahawa emak Farhana bernama Mariana binti Osman. Peristiwa tersebut mengejutkan para pembaca kerana pembaca tidak menyangka bahawa nama Mariana sama dengan nama ibu Fuad. Hal ini bermakna, mereka berdua ialah adik-beradik kandung. 

♫ LATAR ♫


Latar bermaksud semua keterangan atau gambaran yang berkaitan dengan tempat, masa atau masyarakat. Latar memainkan peranan penting dalam sesebuah cereka kerana dapat menjelaskan cerita itu lagi. Latar dapat menjelaskan sesuatu cerita berdasarkan pelaku, tempat, dan masa peristiwa itu berlaku. Latar dapat menjelaskan sama ada masanya singkat atau lama. Selain itu, latar turut menjelaskan latar belakang masyarakat dari segi kaum, agama, kepercayaan, amalan, atau budayanya. Latar juga kadang-kadang dipanggil citra, dibahagikan kepada tiga jenis iaitu latar masa, tempat dan masyarakat.

Latar Masa 
Latar masa menggambarkan masa atau waktu, zaman, dan tempoh berlakunya peristiwa-peristiwa dalam cereka. Dari segi masa, mungkin peristiwa tersebut berlaku pada waktu subuh, pagi, petang, dan malam. Tempoh masanya pula mungkin berlaku selama beberapa minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun, atau abad. Zaman berlakunya peristiwa terssebut mungkin berlaku semasa zaman sebelum kemerdekaan, darurat, zaman Jepun, zaman selepas merdeka atau pada masa ini, iaitu era globalisasi.


Latar Masa Dalam Novel Melunas Rindu
Semua peristiwa yang digambarkan dalam novel ini berlaku pada zaman sekarang iaitu dalam era globalisasi. Hal ini terbukti dengan adanya penggunaan telefon bimbit, kereta Proton Iswara dan kewujudan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Tempoh masa keseluruhan cerita dalam novel ini adalah lebih kurang beberapa bulan sahaja tetapi diolah oleh pengarang dengan menyelitkan teknik imbas kembali pada zaman darurat. Peristiwa-peristiwa dalam novel ini berlaku pada waktu-waktu tertentu seperti kehidupan manusia iaitu waktu pagi, petang, dan malam. Yang berikut disenaraikan contoh latar masa tersebut:


Waktu pagi 
Fuad sampai di Sekolah Menengah Seri Setia untuk memulakan tugasnya sebagai guru pada pukul tujuh lima belas pagi. Rujuk halaman 35.


Waktu petang
Fuad mengajak Farhana keluar dan makan pada hari ulang tahun Farhana pada waktu petang. Rujuk halaman 137.


Waktu malam
Fuad pergi ke rumah Cikgu Zamani yang menjemputnya untuk makan malam. Rujuk halaman 7.



Latar Tempat
Latar tempat merujuk kepada tempat berlakunya perisstiwa dalam sesebuah cereka itu. Biasanya, pengarangan menggambarkan latar tempat ini secara umum sahaja, contohnya pengarang menggambarkan tempat-tempat seperti di kampung, di rumah, di bandar, di warung, di kaki lima, di klinik, di sekolah, di dalam kereta, di surau dan sebagainya. Walau bagaimanapun, dalam novel ini pengarang menyatakan nama-nama tempat yang khusus seperti di Kuala Terengganu, Pantai Batu Buruk, Dungun, KLIA, di Dungun, di Hospital Tuanku Ampuan Afzan, di Sekolah Menengah Seri Setia, Losong, Kuala Lipis, Lembah Klau, dan Sungai Ruan. Rujuk halaman 217 dan 80.


Di restoran
Fuad dan Farhana mengelilingi pusat bandar dahulu sebelum singgah di Restoran Terapung di Taman Syahbandar. Rujuk halaman 137.


Di rumah Pak Mail
Pak Ismail sudah bersiap-siap untuk ke surau pada pukul tujuh dua puluh ketika Fuad tiba di rumah Pak Ismail. Rujuk halaman 16.


Di sekolah
Suasana di sekolah iaitu di bangunan Blok C, Sekolah Menengah Seri Setia masih bising dan hingar-bingar walaupun kelas lanjutan sudah dijalankan. Rujuk halaman 122.


Di rumah Farhana di Kuantan
Fuad bersolat di rumah Farhana pada suatu petang dan selepas menunaikan solat dia pun bersiap-siap untuk pergi ke rumah bapa saudaranya. Rujuk halaman 85.


Di hospital
Fuad terus bertanya kepada pengawal keselamatan apabila dia sampai di ruang legar hospital di tingkat bawah. Rujuk halaman 183.



Latar Masyarakat
Latar masyarakat bermaksud gambaran yang berkaitan dengan masyarakat dalam sessebuah cereka. Gambaran masyarakat biasanya merangkumi aspek latar belakang masyarakat seperti kaum, bangsa, keturunan, adat resam, kepercayaan, aktiviti seharian, dan pekerjaan anggota masyarakatnya.


Latar Masyarakat Dalam Novel Melunas Rindu
Masyarakat yang digambarkan oleh pengarang dalam novel ini merujuk kepada masyarakat Melayu, masyarakat Cina, dan masyarakat yang memeluk agama Islam iaitu mualaf. Selain itu, pengarang juga menggambarkan masyarakat yang tinggal di kampung, masyarakat yang bekerja sebagai guru, dan masyarakat yang menjadi ahli perniagaan. Pengarang juga menggambarkan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai dan budaya murni dalam kehidupan. Pengarang menggambarkan latar ini seperti dalam petikan yang berikut:


Masyarakat yang suka menolong orang yang memerlukan pertolongan
Contohnya, Fuad menolong kawannya Borhan dengan membawa anak Borhan yang demam panas ke klinik pada suatu malam.


Masyarakat yang taat dan patuh akan agama
Contohnya, Fuad dan Pak Ismail tidak pernah mengabaikan solat lima waktu dan mereka kerap pergi ke surau untuk menunaukan solat secara berjemaah. Rujuk halaman 5.


Masyarakat guru yang dedikasi terhadap tugas
Contohnya, Farhana dan Fuad begitu komited dan dedikasi terhadap tugas mereka ssebagai guru dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi anak-anak murid mereka. Rujuk halaman 50.


Masyarakat majmuk yang saling memahami
Contohnya, Robert Lim memahami bahawa orang Islam perlu menunaikan solat lima waktu. Rujuk halaman 170.


Masyarakat yang mengamalkan perkahwinan campurContohnya, Robert Lim yang berbangsa Cina berkahwin dengan Mariana yang berbangsa Melayu. Rujuk halaman 99.


Masyarakat yang menghormati tetamu
Contohnya, Pak Ismail dan Mak Salmah sangat menghormati tetamu yang datang ke rumah mereka. Rujuk halaman 168.


Masyarakat yang rajin bekerja
Contohnya, Peter Lim rajin bekerja untuk menyara keluarganya. Rujuk halaman 87 hingga 88.

Jom kenali Sasterawan Negara..




Senarai Nama Sasterawan Negara sehingga 2012


1. 1981 : Kamaluddin Muhamad atau Keris Mas
2. 1982 : Dato' Shahnon Ahmad
3. 1983 : Datuk Dr. Usman Awang
4. 1986 : Datuk A. Samad Said
5. 1988 : Muhammad Dahlan bin Abdul Biang atau Arena Wati
6. 1991 : Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh
7. 1993 : Datuk Noordin Hasan
8. 1996 : Datuk Abdullah Hussain
9. 2001 : S. Othman Kelantan
10. 2009 : Dr. Anwar Ridhwan
11. 2011 : Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala)

Selasa, 21 Mei 2013

Seminar Teknik Menjawab Kertas Bahasa Melayu SPM

Program ini merupakan program kerjasama antara ketua bidang dengan ketua panitia serta guru-guru Bahasa Melayu. Ketua Bidang dan Ketua Panitia berperanan mendedahkan pelajar-pelajar mengenai teknik menjawab yang betul untuk mata pelajaran Bahasa Melayu kertas 1 dan 2. Pelaksanaan seminar ini berlangsung pada bulan April dan juga bulan akhir  September sebelum calon SPM menduduki Peperiksaan SPM yang sebenarnya. Secara realitinya, program ini banyak memberi kebaikan kepada calon antaranya ialah :
  • mendedahkan format menjawab soalan secara telus dan terperinci
  • meningkatkan kemahiran dan kepakaran calon dalam menjawab soalan pelbagai tahap
  • menyemai nilai tolong-menolong kerjasama antara semua golongan pelajar sama ada pelajar cemerlang, sederhana mahupun lemah.
  • meningkatkan kemampuan dan daya saing pelajar untuk mendapat gred yang lebih baik
  • mengurangkan kadar calon gagal di samping meningkatkan calon untuk mendapat gred A+ seberapa ramai.
Pelajar sedang menunggu arahan daripada penceramah untuk menerangkan tip-tip yang penting sewaktu menjawab soalan peperiksaan.

Pelajar diberi soalan untuk dijawab selepas mereka selesai mendengar ceramah tentang teknik menjawab.

Perkongsian ilmu turut berlaku, apabila mereka saling berbincang untuk menyelesaikan soalan-soalan pelbagai tahap.

Pelajar sedang membaca arahan soalan Kertas 1 Bahagian A dengan teliti untuk menentukan dimensi, tema dan skop perbincangan sebelum membuat draf serta menulis sebuah karangan yang lengkap.

Golongan Empat sudah bersimpul satu (kesempurnaan yang diperoleh daripada empat orang iaitu orang yang berilmu, orang yang berakal, orang yang mahir dan orang yang rajin), tanpa kalian tidak lengkaplah rencah kami. Cikgu Hasmi, Cikgu Siti Laila, Cikgu A.Rusilin yang menyumbang bakti. Terima Kasih untuk kalian semua :)

Pelajar masih tersenyum lebar menunggu arahan yang berikutnya, terima kasih memberi kerjasama.

Masih lagi menjawab soalan yang diberi, agaknya susah kot soalan Cikgu Hasmi ni....
Fokus jangan fokus, nanti terlepas tip-tip yang penting.

Khusyuknya pelajar semua mendengar celoteh Cikgu Laila ni.

Sesi perbincangan sudah bermula, jangan lengah-lengahkan, salurkan ilmu-ilmu yang betul sahaja.

Pelajar sedang membuat draf isi

Bryan Alif pun khusyuk juga, cikgu semua berharap agar kalian semua mendapat gred yang cemerlang.
Tinta Emas :

Pantun - Menuntut Ilmu

Kemumu ditengah pekan
Dihembus angin jatuh kebawah
Jika ilmu tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah.

Tumbuh melata sipokok tebu
Ditepi pasar jualan daging
Banyak harta tidak berilmu
Bagai rumah tidak berdinding.

Padi segemal kepuk dihulu
Sirih dihilir merakap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.

Budak-budak berkejar-kejar
Diwaktu senja takut buaya
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya.

Pinang seulas diatas meja
Jangan makan sambil berdiri
Orang yang malas hendak bekerja
Pasti menyesal dikemudian hari.


Kata-kata Hikmat


Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

"Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya."

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan."

"Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu." ~ Aflatun

"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."

"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."

"Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai."

"Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas."

"Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan."

"Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya."

"Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya."

"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya."

"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya."

"Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah." ~ Wahab B. Munabin

"Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan." ~ Andre Colin

"Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka." ~ Soekarno

"Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti" ~ Hukama

"Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya" ~ Confucius

"Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara." ~ Abraham Lincoln

"Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh." ~ Albert Einstein

"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." ~ La Roche

"Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah."

"Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang."

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan."

"Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya." ~ Marcus Aurelius

"Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya." ~ Stahl P.J

"Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan."

"Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun."

"Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali."

"Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya."

"Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia." ~ Richard Brinsley Sheridan

"Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi." ~ Confucius

"Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air."

"Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan."

"Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu." ~ Pepatah Arab

"Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah." ~ Lao Tze

"Awal mula pohon ialah benih.."

"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan."

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat."

"Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."

"Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu."

"Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan."

"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri."

"Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri."

"Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar."

"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan

"Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan."

"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini."

"Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan engkau akan mencapai yang tertinggi."

"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

"Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi."

"Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda." ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)

"Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah." ~ T.S Matthews

"Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi."

"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya."

"Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api."

"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."

"Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan."

"Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya."

"Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah."

"Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian."

"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar."

"Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama."

"Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya."

"Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya." ~ Khong Hu Cu

"Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya."

"Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang."

"Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya."

"Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar."

"Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa."

"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini."
"Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya."

"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

"Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya." ~ Voltaire

"Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita."

"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."
"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."

"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya."

"Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya." ~ Voltaire

"Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."

"Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang." ~ Anonim

"Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat." ~ Pepatah Arab

"Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu."

"Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar."

"Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela." ~ Napoleon Bonaparte

"Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab."

"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang."

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."

"Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi."

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

"Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang." ~ Samuel Johnson

"Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh."

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup."

"Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali."

"Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan." ~ Abdullah Mansur M.H

"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian."

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai."

"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan."

"Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya."

"Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.."

"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."

"Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya."

"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."

"Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu." ~ Whittier

"Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali."

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."

"Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."

"Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu."

"Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran." ~ Flower A. Newhouse

"Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa."

"Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan."

"Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak."

"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak."

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

"Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya."

"Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya."

"Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali.."

"Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya."

"Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga."

"Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang." ~ William J. Siegel

"Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya."

"Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya."

"Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.."

"Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda."

"Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan."

"Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri."

"Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib."

"Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil."

"Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia."

"Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran." ~ Horatius

"Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan." ~ Mognon Me Lauhlin

"Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.."

"Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan." ~ Peribahasa Arab

"Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong."

"Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka." ~ Charles Cahier

"Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya."

"Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri." ~ Said Mustafa

"Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi.."

"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."

"Menyimpang seinci, rugi seribu batu." ~ Peribahasa Cina

"Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara."

"Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut."

"Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh."

"Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya." ~ John Petitsenn

"Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat." ~ Joseph Conrad

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus."

"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan."

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya."

"Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket."

"Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri."

"Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai."

"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan."

"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan."

"Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir."

"Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat."


"Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa anda adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar." ~ Barbara Hall

"Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka yang cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang." ~ Whitney W Young

"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga." ~ Dr. Mahathir Mohamad

"Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit." ~ Allen Tate

"Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi."

"Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan."

"Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri."

"Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA."

"Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan."

"Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka."

"Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai."

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya."

"Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu."

"Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut."

"Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam."

"Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar."

"Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana."

"Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain."

"Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari."

"Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan."

"Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan......... "