ISU memartabatkan bahasa kebangsaan tidak pernah selesai meskipun Malaysia sudah merdeka 47 tahun dan dibangkitkan sekali lagi pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta Bil 1/2004.
Kebetulan mesyuarat berlangsung di Bilik Manhattan III, Berjaya Times Square, Jalan Bukit Bintang, mercu tanda terbaru segi tiga emas di Kuala Lumpur dan sejak sebelum mesyuarat berlangsung, sudah diduga penamaan premis itu pasti mendapat perhatian. Andaian itu menjadi kenyataan apabila wakil Majlis Kebangsaan Kuala Lumpur, Datuk Jins Shamsudin, membangkitkan isu itu ketika pembentangan Dokumen C, Laporan Perkara Berbangkit dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta Bil. 1/2003 17 Disember 2003. Penamaan bangunan ini memberi gambaran seolah-olah kita berada di Amerika Syarikat. Berjaya membawa makna yang baik tetapi mengapa digabungkan dengan Times Square? Mengapa tidak nama bangunan dan bilik menggunakan bahasa kebangsaan bagi mencerminkan budaya tempatan dan jati diri bangsa Malaysia.? katanya. Jins mencadangkan agar nama bilik di hotel berkenaan dinamakan sebagai Berjaya 1, Berjaya 2 dan seumpamanya atau nama berdasarkan nama jalan iaitu Bukit Bintang, malahan berdasarkan mukim, Cheras. Eksekutif Kanan Multimedia, Multimedia Development Corporation (MDC), Soufiah Endud, melihat penamaan jalan dan bangunan sebagai harta intelektual dan mencadangkan dibentuk badan, jawatankuasa, badan atau syarikat khusus bagi tujuan itu. Mengapa tidak kita gunakan ini sebagai satu peluang membentuk syarikat dianggotai orang seni yang secara tidak langsung memberi nilai ekonomi kepada kelompok itu bagi membantu mereka yang memerlukan khidmat berkenaan,? katanya. Wakil Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Lim Chia Fook, pasti menggembirakan Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), selaku penganjur mesyuarat dan pejuang bahasa kebangsaan apabila dapat melihat kepentingan perkara itu. Lim mencadangkan sektor swasta diberi dorongan dengan mendekatkan mereka agar dapat melihat nilai ekonomi dalam bahasa kebangsaan dalam usaha menggalakkan mereka menggunakannya. Tindakan syarikat insurans dan perbankan yang menerbitkan makalah perbankan dan insurans dalam bahasa kebangsaan contoh terbaik menunjukkan mereka sudah sedar nilai ekonomi bahasa itu dalam usaha menarik pelanggan,? katanya. Nampaknya ahli mesyuarat sedar antara sebab musabab mengapa bahasa kebangsaan tidak dapat dimartabatkan sepenuhnya berpunca daripada ketiadaan keseragaman dalam akta tertentu, kerjasama yang longgar dan lemahnya aspek penguatkuasaan. Penolong Pengarah, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (MTC), Ibrahim Saddiqi Talib, mencadangkan DBP menyediakan Kertas Kabinet untuk dikemukakan kepada Parlimen dalam menangani isu memartabatkan bahasa kebangsaan. ?Saya yakin cara ini dapat menyelesaikan perkara berbangkit dalam hal memartabatkan bahasa kebangsaan di sektor swasta dan tidak timbul lagi isu masing-masing cuba berlepas tangan setiap kali isu ini berbangkit,? katanya. Sungguhpun demikian, DBP selaku badan yang bertanggungjawab memartabatkan bahasa dan sastera kebangsaan di negara ini sejak 1956, yakin pendekatan memujuk jauh lebih berkesan berbanding paksaan. Nada ini dapat dikesan daripada kenyataan Ketua Pengarah DBP, Datuk A. Aziz Deraman, yang mempengerusikan mesyuarat terbabit bahawa tugas memartabatkan bahasa kebangsaan berjalan lancar sekiranya setiap warganegara mementingkan maruah bangsa. Kita tidak boleh mempersoalkan kedudukan bahasa kebangsaan di negara ini dan perlu memikirkan pendekatan terbaik untuk mendorong sektor swasta memahami pentingnya mendaulatkannya tanpa mengenakan paksaan,? katanya. Aziz memberi contoh bank perdagangan dalam negeri dan luar negara di Malaysia yang sudah mula menggunakan bahasa kebangsaan dan meletakkannya pada kedudukan paling atas berbanding bahasa lain pada makalah berhubung perkhidmatan mereka. Usaha DBP memartabatkan bahasa kebangsaan akan berjalan lancar sekiranya mendapat kerjasama erat daripada semua pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (KKKW), katanya. Beliau yang bersetuju dengan teguran Jins berhubung penamaan nama hotel dan jalan berharap KKKW memberi perhatian kepada penamaan hotel bajet terutamanya bagi mengelakkan daripada timbulnya isu kurang manis akibat daripada kesilapan dalam pemberian nama. ?Kita perlu segera keluar daripada kepompong kita yang menganggap hanya bahasa Inggeris yang difahami ramai kerana kedudukannya sebagai bahasa Inggeris yang difahami ramai kerana kedudukannya sebagai bahasa rasmi negara perlu dihormati dan tiada larangan penggunaan bahasa lain selagi bahasa kebangsaan diletakkan pada kedudukannya,? katanya. Beliau turut mengemukakan contoh penamaan jalan dan kemudahan awam termasuk di lapangan terbang di Brunei Darussalam yang menggunakan tulisan jawi pada nama jalan dan premis negara itu termasuk di lapangan terbang. Semua sektor di negara itu menjadikan DBP Brunei sebagai tempat rujukan mereka dan kerana itu tidak menghairankan apabila tulisan jawi dapat digunakan sepenuhnya meskipun tidak ramai rakyat Brunei yang boleh membaca aksara itu,? katanya. Di samping teguran dan cadangan berhubung penamaan jalan dan bangunan menggunakan bahasa kebangsaan, mesyuarat juga bersetuju dengan cadangan agar diadakan Kongres Bahasa Kebangsaan (KBK) bagi membolehkan cadangan dihimpunkan dan dikemukakan kepada kerajaan. Mesyuarat juga bersetuju agar Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta yang diatur DBP di bawah program Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta 2001-2005 diberi kependekan Jaksa. |
(Sumber : Berita Harian (13/04/2004) )
|
Khamis, 18 Julai 2013
Martabat bahasa kebangsaan tanggungjawab semua
Isnin, 17 Jun 2013
Karangan B : Isu Cetak Rompak
| 87 |
Soalan :
Ada orang berpendapat bahawa kegiatan cetak rompak sukar dibendung kerana lemahnya penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berwajib.
Beberapa tahun kebelakangan ini, masalah cetak rompak menjadi semakin serius dan gawat melanda di negara kita . Masalah ini seperti duri dalam daging . Kegiatan cetak rompak merupakan kegiatan menciplak , menjual dan mengedar karya atau barangan untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda . Kegiatan penjualan cakera padat (CD ) , cakera video digital (DVD ) , cakera padat video ( VCD ) dan perisian cetak rompak tiruan sememangnya amat sukar untuk dibendung oleh pihak berkuasa dari dulu sampailah sekarang . Walaupun, pelbagai tangkapan dibuat serta dikenakan tindakan mahkamah , namun aktiviti tersebut tetap muncul di sana sini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan . Kerenah ini sememangnya memberi tamparan yang cukut hebat kepada banyak pihak khususnya Kerajaan Malaysia kerana mereka terpaksa memerah otak dan menggembleng sehabis kudrat mereka untuk menampal semula kecacatan peneraju Negara kita yang seyogianya menjadi pemangkin dan ceracuk fundamental bagi mengangkat martabat Malaysia ke arena yang lebih tinggi lagi. Dengan itu , jika kerenah ini tidak dibendung secepat mungkin, sudah tentu akan membawa kepada perkara yang lebih serius . Persoalannya , apakah punca yang menyebabkan wujudnya kegiatan cetak rompak di negara kita yang sedang mengorak langkah ke arah kemajuan dan pemodenan?
Secara realitinya, kita memang tidak boleh dinafikan bahawa kegiatan cetak rompak adalah berpunca daripada kelonggaran dari segi penguatkuasaan undang-undang yang kian membarah dewasa ini . Walaupun pentadbiran bagi akta reka cipta dan bentuk masih ada kelemahannya . Akta hak intelek juga tidak dapat dikuatkuasakan sepenuhnya untuk menangani kerenah yang semakin menjadi-jadi ini. Selain itu , walaupun hukuman dijalankan seperti biasa tetapi hukuman ini tidak menakutkan pengusaha haram ini kerana bentuk hukuman yang dijatuhkan adalah ringan . Kadangkala serbuan jarang dijalankan kerana kekurangan kakitangan untuk membantu membanteras kes ini dan perbicaraan di mahkamah pula lazimnya mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan. Malah ‘keberanian’ peniaga terbabit yang seolah-olah tidak mempedulikan undang-undang itu tentu sekali mengundang pertanyaan dalam kalangan orang ramai terutama para pengunjung kompleks beli-belah berkenaan . Sebagai contoh yang terbaik , syarikat yang terbabit mencetak dan mengedar cakera padat video dan DVD haram hanya akan dikenakan denda maksimum RM 250 000 berbanding dengan keuntungan mereka yang bernilai berjuta-juta ringgit . Dengan hal yang demikian , hukuman yang terlalu ringan adalah faktor utama kegiatan menjual produk haram ini masih berleluasa .
Tidak ketinggalan juga sesuatu akibat yang tidak boleh dikesampingkan apabila sifat tamak haloba pengusaha haram bermaharajalela di setiap ruang sanubari. Menurut pengusaha haram, kegiatan penjualan cetak rompak memang mendatangkan keuntungan yang berlipat ganda kepada mereka. Mereka tidak peduli kedaulatan undang-undang serta memikirkan keuntungan semata-mata aktiviti penjualan cakera dan pengisian tiruan itu memang menjadi profesion mereka . Tambahan pula , pengusaha haram ini juga menikmati ihsan barang tulennya dari segi publisiti dan iklan . Mereka juga tidak perlu membayar royalti kepada pihak pereka atau pencipta asal. Mereka hanya menghayati keuntungan yang besar walaupun mutu dan pretij barang sebenarnya sudah diketuai umum . Sebaga contoh , kegiatan tersebut bukan sahaja dijalankan di pasar malam atau di kaki lima malah ada yang semakin berani untuk menjualnya secara terbuka di premis perniagaan dan kompleks beli-belah demi mendapat keuntungan yang banyak .Seorang Ahli Falsafah yang bernama Lootze pernah mengatakan bahawa manusia yang tamak haloba dan mengejar kemewahan dunia hanya akan mendorong mereka ke arah kebinasaan . Jelaslah bahawa kerenah ini berlaku kerana masyarakat moden yang bersifat hedonism ini .
Seterusnya , kegiatan cetakan rompak ini berlaku akibat daripada lokasi penjualan CD berada di merata-rata tempat. Hal ini demikian, terdapat beberapa penjenayah cetak rompak ini yang tidak mengambil peduli akan kesan daripada tindakan yang mereka lakukan terutama sekali apabila mereka mengambil kesempatan menjual CD yang dicetak di kawasan terbuka atau kompleks membeli-belah diadakan tanpa ada rasa takut ataupun bersalah. Bahkan, mereka tidak menunjukkan sesiapa pun mereka atau identiti mereka disembunyikan semasa mempromosikan CD tersebut hingga menyebabkan pelanggan mudah terpedaya dan tertarik akan bahan-bahan cetakan yang ditawarkan padahal semua yang dipromosikan itu cuma palsu semata-mata. Tambahan lagi, penjenayah cetak rompak yang nafsi lebih mementingkan lokasi yang berada berdekatan dengan orang ramai kerana pendapatan mereka lebih terjamin dan lumayan berbanding mementingkan kualiti yang mereka berikan. Sebagai contohnya, lokasi yang terletak di kawasan terbuka seperti pasar malam, kedai-kedai kecil dan banyak lagi lokasi yang mereka suka untuk berjual bahan cetakan. Tuntasnya, bahan cetakan bukan sahaja diedar secara tersendiri atau secara tersembunyi tetapi terdapat di lokasi-lokasi yang juga menjadi pusat tumpuan kepada pencetak cakera terutama pada kawasan terbuka.
Rentetan itu, sikap masyarakat yang lebih suka membeli cakera padat cetak rompak ini menjadi batu loncatan kepada permasalahan ini menjadi semakin teruk. .Memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahawa masyarakat lebih gemar membeli cakera padat cetak rompak kerana harganya yang murah berbanding dengan cakera padat yang tulen serta harganya yang berpatutan dan mempunyai jaminan dari kualiti barangan . Masyarakat merasakan cakera padat yang tulen hanya merugikan mereka sedangkan cakera padat cetak rompak mempunyai pelbagai wayang dalam satu CD serta harganya yang murah . Kita juga boleh lihat kebanyakan masyarakat lebih tertumpu di kedai-kedai yang menjual cakera padat cetak rompak dan pembeli cakera padat tersebut berbanding yang tulen seperti ada semut ada gula. Penjual cakera padat yang turut menguar-uarkan kelebihan penjualan mereka membuatkan lagi hati pembeli tertarik untuk membeli cakera pada tersebut. Masyarat juga lebih terpengaruh dengan cerita yang bukan nyata. Sebagai contohnya , wayang yang mempunyai unsur keajaiban , kekuasaan , keganasan dan unsur-unsur yang lain sehingga memudahkan masyarakat cepat terpengaruh terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang masih setahun jagung .Walhal itu semua hanyalah cakap manis sahaja bak kata pepatah orang melayu ‘indah khabar dari rupa’ . Pembeli tersebut mudah terpengaruh dengan kata-kata manis penjual tersebut manakala mereka juga yang rugi .
Dalam menitis arus modenisasi yang kian rancak, alatan berteknologi canggih membolehkan barang tiruan dihasilkan. Melalui alatan yang canggih inilah yang menyebabkankan barang cetak rompak dan tiruan sukar dibezakan daripada barang asal. Maka, alat perakam yang canggih juga meningkatkan produktiviti cetak rompak. Lebih teruk lagi, teknologi kini juga membolehkan bukti cetak rompak dimusnahkan dengan mudah . Apabila alatan yang berteknologi dicipta, segelintir pengusaha tidak mengguna otak mereka berfikir sebelum mereka bertindak untuk mencetak cakera padat . Dalam otak mereka hanya mengutamakan keuntungan yang diperoleh dengan mencetak cakera padat . Terdapat juga pengusaha haram yang ketagih dengan mengejar fatamorgana dan kemewahan dunia sehingga sanggup membeli alatan moden yang khas untuk mencetak cakera padat. Pengusaha haram nan mengguna alatan yang canggih akan mendapat keuntungan dalam sekelip mata sahaja seperti Aladdin menggosok lampu ajaibnya. Menurut statistik yang keluarkan oleh Ketua Pengarah Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan , sebanyak 1942 kes cetak rompak telah dilaporkan pada tahun 2008 dan 368 mesin cetak telah dirampas . Tegasnya , kegiatan cetak rompak ini wujud kerana kemunculan alatan yang berteknologi .
Akhirulkalam, sudah terang lagi bersuluh bahawa kegiatan cetak rompak di negara bukan perkara yang remeh . Benarlah kata Ahli Psikologi Barat , tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya tetapi jika kita hidup tanpa dibelenggu masalah adalah kosong dan uslab serta minhaj yang komprehensif telah bersedia untuk kita bersama memerangi kudis yang semakin bernanah. Namun demikian , kita tidak boleh mengharapkan satu pihak sahaja iaitu pihak kerajaan malah masyarakat perlu saling bahu – membahu untuk memegang obor hemah memerangi wabak cetak rompak sehingga ke akar umbi . Kita janganlah hanya pandai berpeluk tubuh dan menanti lampu ajaib Aladdin jatuh daripada langit . Masyarakat pula tidak sewajarnya membeli produk yang haram walaupun harganya rendah kerana perbuatan ini hanya akan menyebabkan kegiatan cetak rompak semakin berleluasa. Oleh hal yang demikian, saya berharap agar semua pihak menyedari bahawa masalah cetak rompak ini akan terus melanda negara kita sekiranya tidak terus ditangani dari akar umbi . Jadikanlah industri muzik kita sebagai industri yang ‘bersih’ daripada kerenah cetak rompak dan biarlah Wawasan 2020 yang diwara-warakan oleh mantan Perdana Menteri Keempat menjadi realiti bukannya fantasi .
(Jumlah 1299 patah kata)
DISEDIAKAN OLEH :
- CHRISTOVERY
- RICHQUE
- EVA
- VENICCA
- AZYNI
Isnin, 27 Mei 2013
Tugasan Cuti Sekolah 2 : Tatabahasa : Membetulkan ejaan dan imbuhan
TIP
1. Baca ayat-ayat yang diberikan dengan teliti untuk mengesan kesalahan ejaan dan imbuhan.
2. Garisi perkataan yang salah itu dan tulis perkataan yang betul di atasnya. Pastikan jawapan anda betul.
3. Salin semula soalan tersebut dalam buku latihan atau di dalam kertas
*
Jawapan dalam kotak
Kesalahan Ejaan
Kesalahan Imbuhan
Maasah-masalah
Dijolok-menjolok
Anti-pengganas-antipengganas
Kenaikkan-kenaikan
Wakil Rakyat –Wakil rakyat
Ambilan-ambil
Informasi
*
Jawapan dalam kotak
|
Kesalahan Ejaan
|
Kesalahan Imbuhan
|
|
Maasah-masalah
|
Dijolok-menjolok
|
|
Anti-pengganas-antipengganas
|
Kenaikkan-kenaikan
|
|
Wakil Rakyat –Wakil rakyat
|
Ambilan-ambil
|
Sampel Soalan SPM
| Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dam imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. | |
| (i) | Wakil Rakyat di kawasan luar bandar itu mengsyorkan pembinaan sebuah balai raya di situ. |
| (ii) | Salina menggunakan e-mail untuk menyampai mesej kepada rakan-rakannya. |
| (iii) | Kempen anti-denggi yang dilancar pada bulan lepas mendapat sambutan yang menggalakkan. |
| (i) | Wakil rakyat di kawasan luar bandar itu mengesyorkan pembinaan sebuah balai raya di situ. |
| (ii) | Salina menggunakan e-mel untuk menyampaikan mesej kepada rakan-rakannya. |
| (iii) | Kempen antidenggi yang dilancarkan pada bulan lepas mendapat sambutan yang menggalakkan. |
| (i) | Kata majmuk wakil rakyat bukanlah nama khas. Oleh itu, perlu dieja dengan awal perkataan menggunakan huruf kecil. Kata dasar yang mempunyai satu suku kata seperti syor menerima imbuhan menge-...-kan untuk membentuk kata kerja transitif. |
| (ii) | Perkataan pinjaman e-mail perlu dieja mengikut sistem ejaan bahasa Melayu yang betul, iaitu e-mel. Perkataan menyampai yang bermaksud mencukupi tidak sesuai digunakan mengikut konteks ayat yang diberikan. Perkataan yang tepat ialah menyampaikan, iaitu bermaksud mengirimkan sesuatu. |
| (iii) | Dalam soalan ini, anti ialah imbuhan pinjaman. Oleh itu, tanda sempang tidak perlu digunakan apabila imbuhan anti digabungkan dengan kata dasar denggi. Perkataan dilancar pula tidak wujud dalam bahasa Melayu. Perkataan yang betul ialah dilancarkan, iaitu bermaksud melakukan atau mengadakan sesuatu. |
| ____________________________________________________________________________ | |
| . |
| Soalan 1 Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Tulis semula ayat-ayat di bawah dengan menggantikan ejaan dan imbuhan yang betul. | |
| (i) | Para pelancung yang datang ke negara ini tidak wajar memakai pakaian yang mencolok mata. |
| (ii) | Pereka hiasan dalaman itu hanya menggunakan perabut tempatan semasa menghiasi pejabat syarikat ternama itu. |
| (iii) | Suri rumah sering ditipu oleh juru jual yang datang menjual beranika barangan dari rumah ke rumah. |
| Soalan 2 Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Tulis semula ayat-ayat di bawah dengan menggantikan ejaan dan imbuhan yang betul. | |
| (i) | Kebenaran menggunakan talifon bimbit di sekolah yang berkuatkuasa baru-baru ini kurang disenangi oleh sesetengah ibu bapa. |
| (ii) | Para pelajar tidak digalakan menyertai rancangan kuiz yang disiarkan pada tengah malam dan menyediakan hadiah cepu mas. |
| (iii) | Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi akan menerbit monogeraf yang menghimpunkan kajian ilmiah tentang bahasa, sastera dan kebudayaan. |
| Soalan 3 Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Tulis semula ayat-ayat di bawah dengan menggantikan ejaan dan imbuhan yang betul. | |
| (i) | Kebolehan Adiputera menyelesaikan masaalah Matematik dalam usia yang begitu muda amat mengkagumkan. |
| (ii) | Penduduk Kampung Selamat sedang menghadapi satu mala petaka besar akibat buangan sisa toksik di kampung tersebut. |
| (iii) | Mengumpul stem menjadi hobi bapa Khairil sejak beliau masih di bangku sekolah lagi. |
Tugasan Cuti Sekolah 1 : Latihan Tatabahasa
Arahan Tugasan Cuti Sekolah
Buat Latihan No 2 Dan 3 Bagi Setiap Jenis Latihan Di Bawah. Rujuk Contoh Jawapan Untuk Soalan No 1. Buat Dalam Buku Latihan Tatabahasa, Kalau Tiada, Buat Dalam Kertas Kajang Sahaja.
TATABAHASA
(MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF)
CONTOH PANDUAN KEPADA PELAJAR
LATIHAN SPM 1
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
- Puan Azizah telah memarahi Azmi kerana memecahkan pasu bunga
- Azmi telah dimarahi oleh Puan Azizah kerana memecahkan pasu bunga.
- Ibu bapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak tersalah langkah.
- Tingkah laku anak-anak harus diawasi oleh ibu bapa supaya mereka tidak tersalah langkah.
- Puan Sarah menghadiahi Atiqah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.
- Setelah lulus dalam ujian memandu, Atiqah dihadiahi oleh Puan Sarah sebuah kereta Kancil.
- Atiqah dihadiahi oleh Puan Sarah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu
- Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah.
- Kedatangan biras ayah saya yang baru tiba dari Sabah disambut oleh ayah.
- Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam
pertandingan tersebut.
- Sampan itu didayung olehnya dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut.
LATIHAN SPM 2
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
- Saya membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri.
- Ibu Anita membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.
- Mereka menyusun kerusi-kerusi itu di padang sebelum acara sukan bermula.
- Semua pelajar sudah membaca buku cerita yang terdapat di perpustakaan.
- Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.
LATIHAN SPM 3
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
- Kamu perlu membereskan kerja yang diberikan oleh guru sebelum pulang nanti.
- Ali telah mengambil buku itu semalam.
- Saya sudah menyelesaikan tugasan itu semalam.
- Ayah memarahi Kamal kerana pulang jauh malam.
- Kakak mencuci pakaian kotor di bilik air
LATIHAN : Menyambung Ayat
PANDUAN KEPADA PELAJAR
1. Perkataan yang dihitamkan, perlu digugurkan dalam jawapan
2. Perkataan yang berhuruf condong merupakan kata hubung yang dimasukkan dalam ayat.
LATIHAN SPM 1
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut. Gunakan kata hubung yang sesuai
Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita. Binatang-binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu. Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan. Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan manusia. Manusia berburu sesuka hati mereka. Kepupusan berpunca daripada kegiatan pembangunan. Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran. Penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.
Contoh jawapan :
1) Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita yang menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu.
2) Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan kerana berpunca daripada kegiatan manusia yang berburu sesuka hati mereka dan juga kegiatan pembangunan.
3) Antara langkah untuk membendung hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran dan penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.
LATIHAN SPM 2
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut. Gunakan kata hubung yang sesuai
Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk memberikan manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut. Mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan.
LATIHAN SPM 3
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut. Gunakan kata hubung yang sesuai.
Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen. Rancangan-rancangan tersebut disiarkan oleh RTM. Rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3 juga. Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat. Hal ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja. Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik. Mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga
TATABAHASA : ( Cakap Ajuk dan Cakap Pindah )
PANDUAN KEPADA PELAJAR
Latihan SPM 1
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.
Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.
[ 6 markah ]
JAWAPAN :
Kamariah
|
:
|
Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.
|
Samad
|
:
|
Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah.
|
Aziz
|
:
|
Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
|
Samad
|
:
|
Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri.
|
Kamariah
|
:
|
Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka.
|
Samad
|
:
|
Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri.
|
Latihan SPM 2
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.
Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan.
“ Oh, cikgu, kami ada di rumah ! “ Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu Hassan di halamannya.
Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. “ Jemputlah naik, cikgu. Redwan ada di dalam, “ pelawa Kamarul dengan hormat.
“Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, “ gurau Cikgu Hassan
“Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, “ Redwan mencelah.
“ Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas, “ Kamarul memberikan alasan. [ 6 markah}
Latihan SPM 3
Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.
“ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh.
“ Rancangan apa? “ jawab Ani.
“ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh.
“ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani.
“ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu !
“ Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.
[ 6 markah ]
LATIHAN : MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF
PANDUAN KEPADA PELAJAR
LATIHAN SPM I
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1. Adik yang sedang bermain di halaman rumah dipanggil kakak.
- Kakak memanggil adik yang sedang bermain di halaman rumah.
2. Anak-anak perlu diawasi oleh ibu bapa supaya tidak terjebak dalam kegiatan yang tidak bermoral.
- Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak supaya tidak terjebak dalam kegiatan yang tidak bermoral.
3. Seutas jam tangan dihadiahkan oleh Puan Sharifah kepada anaknya setelah lulus peperiksaan SPM dengan cemerlang.
- Puan Sharifah menghadiahkan seutas jam tangan kepada anaknya setelah lulus peperiksaan SPM dengan cemerlang.
4. Kesalahannya itu disedarinya selepas beberapa ketika.
- Dia menyedari kesalahannya itu selepas beberapa ketika
5. Tanah itu diserahkan semula oleh kedua-dua belah pihak setelah memahami penerangan tersebut.
- Kedua-dua belah pihak menyerahkan tanah itu semula setelah memahami penerangan tersebut.
6. Spesies tumbuhan anak di hutan itu akan dikajinya sekali lagi.
- Dia akan mengkaji spesies tumbuhan anak di hutan itu sekali lagi.
- LATIHAN SPM 2
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1. Novel berbahasa Inggeris itu sudah dibaca oleh Helen bulan lalu.
2. Para pengawas dinasihati oleh guru disiplin agar menunjukkan contoh yang baik kepada murid-murid yang lain.
3. Pemandangan di kampung nelayan itu saya lukis.
4. Tikus telah berjaya ditangkap oleh Si Comot, kucing kesayangan emak pagi tadi.
5. Tingkah laku anak haruslah diawasi oleh ibu bapa agar mereka tidak tersalah langkah
6. Setelah lulus dalam ujian memandu Mei Ling dihadiahi sebuah kereta Kancil oleh Puan Lucy.
LATIHAN SPM 3
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1. Bayaran balik pinjaman tidak akan dituntut oleh Jabatan Perkhidmatan Awam daripada pelajar yang cemerlang.
2. Eksperimen itu telah kau jalankan dengan baik.
3. Pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormatan dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri Istana Alam Shah, Kelang.
4. Suzi dihadiahi Halim sejambak bunga ros sempena hari jadinya yang ke-23
5. Stor sukan hendak kami kemas pada petang nanti.
6. Nota sejarah saya telah anda ambil semalam.
Langgan:
Catatan (Atom)