Contoh
Karangan Bahagian A
JAWAPAN CONTOH
Bahagian A
Karangan berpandu : Berdasarkan pelbagai bahan rangsangan
Markah : 30 markah
Masa : 45 minit
Dalam meniti arus modenisasi yang
kian rancak, masyarakat pada zaman millenium ini sudah semakin ‘ketagih’
mengejar kemewahan duniawi sehinggakan mereka alpa terhadap kesihatan tubuh
badan mereka. Senario ini jika dibiarkan menular dalam kalangan masyarakat kita
akan mengakibatkan hasrat kerajaan untuk menjayakan dan merealisasikan Wawasan
2020 hatta gagasan 1Malaysia sekalipun terbantut. Apakah peranan kita sebagai
rakyat yang prihatin terhadap kemajuan negara dalam mengatasi kemelut ini?
Usaha yang dapat kita lakukan bagi menyelesaikan krisis ini adalah dengan
menjalani kehidupan yang sihat. Belakangan ini, banyak adpertensi disiarkan
oleh pihak media bagi memaparkan cara-cara mengemudikan kehidupan agar sihat dan
sejahtera.
PERENGGAN 2
: ISI UTAMA
Amalan mendapatkan tidur dan rehat yang mencukupi
merupakan antara cara yang unggul bagi menjalani hidup yang sihat (Apa : isi utama). Rehat dan tidur yang
mencukupi amatlah diperlukan bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat. (BAGAIMANA : CARA). Kita tidak mahu
nanti keadaannya bak nasi sudah menjadi
bubur atau sudah terhantuk baru terngadah. Kita memerlukan rehat dan tidur
sekurang-kurangnya 8 jam sehari bagi memastikan otak dan fizikal kita dapat
digunakan semula (BAGAIMANA : CARA).
Sebagai tamsilnya, kita kerap kali melihat berita di rubrik akhbar yang
melaporkan calon-calon peperiksaan awam masih gah menjawab kertas peperiksaan
walaupun mengambil masa yang agak lama (CONTOH).
Oleh yang demikian, kita haruslah mengamalkan gaya hidup sihat iaitu
mendapatkan rehat dan tidur yang mencikupi (AYAT
PENEGASAN)
PERENGGAN 3
: ISI KEDUA
Selain
itu, metode lain yang harus kita cakna dan asimilasikan dalam kehidupan kita
adalah menjalani pemeriksaan kesihatan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liew
Tiong Lai mengajak rakyat Malaysia agar tidak berat tulang untuk menjalani
pemeriksaan kesihatan di pusat-pusat kesihatan yang berdekatan kerana tindakan
ini akan ‘menyelamatkan’ kita daripada menghidap penyakit-penyakit kronik bak kata
orang tua-tua , mencegah itu lebih baik
daripada mengubati. Setiap individu seharusnya menjalani pemeriksaan setiap
enam bulan bagi mengetahui kondisi kesihatan diri. Masyarakat pada masa ini
sering menghidap penyakit kronik walaupun pada usia yang muda iaitu sekitar 30
hingga 40 tahun. Tegasnya, seyogialah kita mengamalkan budaya menjalani
pemeriksaan kesihatan agar tubuh badan kita sentiasa berada dalam keadaan baik.
PERENGGAN 4
: ISI KEEMPAT
Amalan
cara hidup sihat adalah tidak sukar sekiranya kita mengikut garis panduan yang
betul. Langkah terpenting yang menjadi faktor perdana atau tunjang kepada
amalan hidup sihat adalah mempraktikkan pemakanan seimbang diperlukan oleh
badan mengikut sukatan yang betul. Keadaan ini dapat dilihat melalui piramid makanan
yang menempatkan karbohidrat di lapisan terbawah yang bererti nutrisi tersebut
diperlukan oleh badan dalam kuantiti yang banyak. Pengambilan nutrisi secara
berkurangan ataupun berlebihan akan menyebabkan seseorang itu menghidap
penyakit-penyakit tertentu. Sebagai contohnya, terdapat penyakit yang melanda
masyarakat di negara miskin seperti Haiti disebabkan kurangnya protein dalam
badan. Oleh yang demikian, amalan pemakanan seimbang adalah sangat penting
dalam kita menjalani kehidupan yang sihat.
PERENGGAN 5
: PENUTUP
Akhirulkalam,
jelaslah kepada kita bahawa kehidupan manusia dan kesihatan memang tidak dapat
dipisahkan. Seluruh rakyat Malaysia dinasihatkan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak agar sentiasa menjaga kesihatan dan mengamalkan
gaya hidup sihat agar misi Malaysia untuk mencapai status negara maju dan
menjadi contoh kepada negara lain tercapai. Maka secara realitinya menunjukkan
bahawa betapa penting cara atau langkah dalam menjana kehidupan yang lebih
sihat. Sediakan payung sebelum hujan
merupakan peribahasa yang amat bersesuaian dengan maaduk cara menjaga
kesihatan, jadi di sini mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya.
Secara kesinambungannya, pelbagai usaha mestilah diimplementasikan oleh semua
pihak kerana ‘kehidupan yang bermakna
adalah kehidupan yang sihat’.
Markah : 28/30
Ulasan
Takrif : Menepati dan menjawab tugasan
Takrif : Menepati dan menjawab tugasan
Bahasa : Gramatis, luas & tepat penggunaan kosa kata,
Pengolahan : Menarik,
berkesan,huraian isi jelas dan matang
Contoh Karangan Bahagian B
Soalan 1
Dalam meladeni arus
pascamodenisme yang semakin mencabar dari semasa ke semasa ini, nusa yang kita
cintai ini semakin utuh dan terkenal di persada antarabangsa. Jelas bahawa
pembangunan negara kita semakin rancak dan selaras dengan negara-negara maju
yang lain bak aforisme yang sering diperkatakan, ‘duduk sama rendah berdiri
sama tinggi’. Namun begitu, dari segi pembangunan atau pembinaan jati diri
murid yang berdisiplin, negara kita masih belum berjaya sepenuhnya. Semakin
negara kita berusaha mencapai status negara maju, semakin meningkat peratus
pelajar sekolah yang terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Hal ini
telah diakui oleh Datuk Ahmad Fuad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran dalam
satu program temu bual tv. Usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk
mengatasi kemelut yang semakin meruncing ini. Saya sebagai seorang pengawas
yang telah diberikan mandat oleh pihak sekolah, mempunyai cara yang tersendiri
untuk membentuk murid yang berdisiplin. Izharnya, seseorang individu yang
bergelar pengawas berperanan penting dalam membantu pihak sekolah dalam
membentuk murid yang berdisiplin.
Peranan
utama saya untuk membantu pihak sekolah dalam membentuk murid yang berdisiplin
adalah menguatkuasakan undang-undang dan peraturan sekolah dengan sebaik
mungkin. Hal ini saya anggap afdal kerana pengawas telah diklasifikasikan
sebagai orang kedua selepas guru dalam membentuk peribadi murid yang mulia dan
mengharmonikan sekolah. Soal membentuk dan melahirkan murid yang berdisiplin
amat penting kerana Khalifah Umar Al-Khattab pernah berkata, ‘Jika kamu ingin
mengetahui masa depan sesebuah negara, lihatlah generasi muda yang berada di
hadapan anda’. Maka,kata-kata ini menunjukkan bahawa generasi muda yang
berdisiplin, berdedikasi dan beriltizam dalam setiap aspek amat penting kepada
negara dan jatuh bangun sesebuah negara bergantung kepada generasi muda itu.
Jadi, saya sebagai pengawas akan menguatkuasakanundang-undang dan peraturan
sekolah dengan melakukan beberapa tindakan yang sewajarnya
diimplementasikanoleh seorang pengawas sekolah seperti menegur pelajar-pelajar
yang berambut panjang, memantau mereka yang berpakaian tidak mengikut
spesifikasi yang sepatutnya dan meleraikan pergaduhan antara mana-mana pelajar
sekiranya difikirkan tindakan itu tidak membahayakan nyawa. Tindakan-tindakan
seperti ini penting atau adiwarna diambil demi memastikan keadaan sekolah aman,
sesi pembelajaran (P&P) berjalan lancar dan perhubungan pelajar sentiasa
terkawal. Tuntasnya, penguatkuasaan peraturan sekolah merupakan elemen yang
penting dalam membentuk modal insan yang madani dan syumul.
Selain itu, modus operandi lain yang
sepatutnya saya lakukan adalah menunjukkan teladan yang baik kepada semua pihak
terutama rakan murid dalam semua aspek termasuk pemakaian, pertuturan,
pembelajaran dan yang paling penting, sikap dan perwatakan. Hal ini demikian
kerana para pelajar atau murid merupakan insan yang baru sahaja mengenali dunia
sebenar. Ramai pelajar atau murid yang masih ‘mentah’ dan mudah terpengaruh
dengan sesuatu perkara terutama. Jika persekitarannya baik, maka baiklah
seseorang itu. Jika persekitaran sebaliknya pula muncul, natijah yang membawa
impak negatif akan ‘menjuarai’ tindakan seseorang. Jadi, para pengawas
seharusnya berupaya menjadi suri teladan kepada orang lain dan seharusnya
memantapkan diri lagi dengan sifat-sifat yang mulia dan berkarisma. Keupayaan
untuk melakukan pengawasan dan pengawalan secara berhikmah merupakan aset
berharga seorang pengawas. Saya yakin dan percaya bahawa para pengawas yang
mempunyai keperibadian mulia seperti ini sentiasa didambakan oleh para murid
justeru menjadikan para pengawas ini sebagai kawan. Jadi, kita seharusnya
mendekati para murid itu dengan harapan agar mereka akan menjadi seperti diri
kita sendiri. Dengan itu, murid yang berdisiplin dapat dibentuk manakala beban
sekolah untuk memastikan semua murid berdisiplin dapat dikurangkan. Senario ini
persis slogan ,’Hulurkan tangan ringankan beban’. Oleh itu, melalui peranan
ini, saya berharap agar dapat membantu sekolah membentuk murid yang berdisiplin
di samping mengekalkan nama baik sekolah.
Di
samping itu, prakarsa ataupun peranan lain yang dapat saya laksanakan adalah
sentiasa bersama dengan para murid yang bermasalah dengan nawaitu ingin memberi
nasihat dan panduan kepada mereka. Langkah turut serta ini menurut seorang
motivator terkenal , Dr. Hushim Yahaya merupakan langkah ‘turun padang’ yang
akan merapatkan dan memantapkan hubungan pemimpin dengan pihak yang dipimpin.
Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda, ‘Anak-anak yang dilahirkan ibarat sehelai
kain putih yang bersih lagi suci. Maka, terpulanglah kepada ibu bapa untuk
membentuk akhlak anak-anak sama ada menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani’.
Melalui sabda Rasulullah S.A.W. ini, dapatlah kita simpulkan bahawa anak-anak
ataupun para murid merupakan manusia yang memerlukan bimbingan dan dorongan
daripada semua pihak. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk
peribadi anak-anak. Sesetengah murid yang mempunyai masalah tidak mendapat
perhatian daripada ibu bapa yang sibuk bekerja akan melepaskan perasaan tidak
puas hati mereka itu di sekolah dengan melanggar peraturan sekolah bermotifkan
dendam untuk menyakitkan hati kedua ibu bapa. Saya berpendapat bahawa dengan
cara mendekati para murid serta bertanyakan masalah mereka, akan mengurangkan
rasa ingin memberontak dalam diri mereka. Dengan memberi nasihat dan
menyelesaikan masalah mereka melalui kaedah yang betul, hal ini secara tidak
langsung akan menarik minat mereka untuk menjadi murid-murid yang berdisiplin
dan berwawasan. Oleh itu, peranan seperti ini perlulah dimainkan agar
masyarakat kamil dapat diwujudkan.
Dalam
pada itu, mengajak dan mendorong rakan-rakan melakukan kebaikan merupakan satu
tanggungjawab yang sepatutnya saya lakukan bersama dengan murid-murid yang
lain. Allah swt. amat menyukai hamba-Nya melakukan kebaikan dengan penuh
ketakwaan. Justeru kita boleh memberi panduan, bimbingan dan dorongan serta
perangsang kepada para murid yang ingin melakukan kebaikan dengan harapan
mereka akan seronok dan teruja melakukan amalan murni ini kerana ada orang atau
pihak yang menyokong setiap perbuatan yang dilakukan mereka di samping mereka
mendapat ganjaran daripada Allah swt. Selain itu, saya akan berusaha sedaya
upaya untuk sentiasa menanamkan sifat-sifat mahmudah dalam diri mereka. Ramai
pemikir termashyur seperti Confucius dan Socrates juga amat menekankan
penyemaian nilai-nilai moral dalam diri setiap manusia. Jadi, dengan langkah
itu, para murid akan lebih tertarik untuk melakukan kebaikan berbanding
keburukan. Izharnya, modus operandi seperti ini seharusnya saya lakukan demi
memastikan murid yang berdisiplin dapat dibentuk bak kata pepatah, ‘Di mana ada
kemahuan, di siru ada jalan’.
Peranan
saya yang terakhir adalah memastikan bahawa saya berfungsi sebagai perantara
yang berkesan antara para murid dengan pihak sekolah. Saya seharusnya berupaya
menyampaikan maklumat yang jelas kepada murid tentang pelaksanaan peraturan dan
undang-undang sekolah agar murid memahami dan menerima perkara tersebut dengan
sebaik mungkin. Manakala pihak sekolah yang terdiri daripada pengetua dan
lembaga disiplin sekolah serta kaunselor akan saya dan rakan-rakan pengawas
yang lain nyatakan permasalahan murid dengan penuh hikmah dan sempurna. Saya
merasakan bahawa kemampuan berkonikasi secara berkesan dengan rakan murid dan
guru merupakan suatu aset penting. Apabila bercakap dengan murid yang nakal,
seharusnya saya menunjukkan sikap yang tegas. Apabila menyampaikan pengumuman
semasa perhimpunan, saya akan berusaha menyampaikan informasi dengan jelas.
Dengan ini, mesej pihak sekolah akan dapat difahami oleh semua pihak. Jelasnya,
peranan ini akan memantapkan hubungan murid dengan pihak sekolah yang akhirnya
membentuk disiplin murid.
Kesimpulannya,
tiada penyakit yang tiada ubatnya, dan tiada racun yang tiada penawarnya. Maka,
modus operandi yang konkrit, sistematik dan pragmatik perlu diimplementasikan
secara berterusan agar murid yang berdisiplin dapat dibentuk. Saya dan beberapa
pihak yang lain seperti badan pengawas dan pihak sekolah akan sentiasa menacri
jalan atau alternatif untuk memastikan murid yang berdisiplin dapat dibentuk
dan hasrat kerajaan untuk melihat ‘sifar masalah disiplin’ dapat direalisasikan
pada tahun 2020. Hasrat kerajaan untuk memperkukuh gagasan 1Malaysia akan
tercapai dengan terbentuknya murid yang berdisiplin berteraskan nilai perpaduan
dan ketaatan. Saya berharap agar peranan yang saya kemukakan tadi akan dapat
saya realisasikan dan diadaptasi oleh rakan pengawas yang lain serta
pihak-pihak yang lain.
Markah : 89/100
Ulasan
Takrif : Menepati dan menjawab tugasan
Takrif : Menepati dan menjawab tugasan
Bahasa :
Gramatis, luas & tepat
penggunaan kosa kata,
Pengolahan : Menarik,
berkesan,huraian isi jelas dan matang Wacana
lengkap.
Ada
kesinambungan idea yang jelas antara perenggan
tiada soalan
BalasPadamsoalan dia apa
BalasPadamMana soalan dia? Xde pun soalan. Ke saya je yg xnampak??
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamMana soalan dia? Xde pun soalan. Ke saya je yg xnampak??
BalasPadamSoalan mana?
BalasPadamAda soalan kat situ ..korng je x nmpak ..noob kan ..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padamperghhhhhhhh... ayat mcm gampunk
BalasPadamDo you have a better essay than this?if you have it share it...
PadamSoalan Dy peranan bagi pihak sekolah untuk mengelakkan pelajar dari gejala tidak sihat
BalasPadam