TIP
1. Baca ayat-ayat yang diberikan dengan teliti untuk mengesan kesalahan ejaan dan imbuhan.
2. Garisi perkataan yang salah itu dan tulis perkataan yang betul di atasnya. Pastikan jawapan anda betul.
3. Salin semula soalan tersebut dalam buku latihan atau di dalam kertas
*
Jawapan dalam kotak
Kesalahan Ejaan
Kesalahan Imbuhan
Maasah-masalah
Dijolok-menjolok
Anti-pengganas-antipengganas
Kenaikkan-kenaikan
Wakil Rakyat –Wakil rakyat
Ambilan-ambil
Informasi
*
Jawapan dalam kotak
Kesalahan Ejaan
|
Kesalahan Imbuhan
|
Maasah-masalah
|
Dijolok-menjolok
|
Anti-pengganas-antipengganas
|
Kenaikkan-kenaikan
|
Wakil Rakyat –Wakil rakyat
|
Ambilan-ambil
|

Sampel Soalan SPM
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dam imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. | |
(i) | Wakil Rakyat di kawasan luar bandar itu mengsyorkan pembinaan sebuah balai raya di situ. |
(ii) | Salina menggunakan e-mail untuk menyampai mesej kepada rakan-rakannya. |
(iii) | Kempen anti-denggi yang dilancar pada bulan lepas mendapat sambutan yang menggalakkan. |
(i) | Wakil rakyat di kawasan luar bandar itu mengesyorkan pembinaan sebuah balai raya di situ. |
(ii) | Salina menggunakan e-mel untuk menyampaikan mesej kepada rakan-rakannya. |
(iii) | Kempen antidenggi yang dilancarkan pada bulan lepas mendapat sambutan yang menggalakkan. |
(i) | Kata majmuk wakil rakyat bukanlah nama khas. Oleh itu, perlu dieja dengan awal perkataan menggunakan huruf kecil. Kata dasar yang mempunyai satu suku kata seperti syor menerima imbuhan menge-...-kan untuk membentuk kata kerja transitif. |
(ii) | Perkataan pinjaman e-mail perlu dieja mengikut sistem ejaan bahasa Melayu yang betul, iaitu e-mel. Perkataan menyampai yang bermaksud mencukupi tidak sesuai digunakan mengikut konteks ayat yang diberikan. Perkataan yang tepat ialah menyampaikan, iaitu bermaksud mengirimkan sesuatu. |
(iii) | Dalam soalan ini, anti ialah imbuhan pinjaman. Oleh itu, tanda sempang tidak perlu digunakan apabila imbuhan anti digabungkan dengan kata dasar denggi. Perkataan dilancar pula tidak wujud dalam bahasa Melayu. Perkataan yang betul ialah dilancarkan, iaitu bermaksud melakukan atau mengadakan sesuatu. |
____________________________________________________________________________ | |
. |
Soalan 1 Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Tulis semula ayat-ayat di bawah dengan menggantikan ejaan dan imbuhan yang betul. | |
(i) | Para pelancung yang datang ke negara ini tidak wajar memakai pakaian yang mencolok mata. |
(ii) | Pereka hiasan dalaman itu hanya menggunakan perabut tempatan semasa menghiasi pejabat syarikat ternama itu. |
(iii) | Suri rumah sering ditipu oleh juru jual yang datang menjual beranika barangan dari rumah ke rumah. |
Soalan 2 Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Tulis semula ayat-ayat di bawah dengan menggantikan ejaan dan imbuhan yang betul. | |
(i) | Kebenaran menggunakan talifon bimbit di sekolah yang berkuatkuasa baru-baru ini kurang disenangi oleh sesetengah ibu bapa. |
(ii) | Para pelajar tidak digalakan menyertai rancangan kuiz yang disiarkan pada tengah malam dan menyediakan hadiah cepu mas. |
(iii) | Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi akan menerbit monogeraf yang menghimpunkan kajian ilmiah tentang bahasa, sastera dan kebudayaan. |
Soalan 3 Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Tulis semula ayat-ayat di bawah dengan menggantikan ejaan dan imbuhan yang betul. | |
(i) | Kebolehan Adiputera menyelesaikan masaalah Matematik dalam usia yang begitu muda amat mengkagumkan. |
(ii) | Penduduk Kampung Selamat sedang menghadapi satu mala petaka besar akibat buangan sisa toksik di kampung tersebut. |
(iii) | Mengumpul stem menjadi hobi bapa Khairil sejak beliau masih di bangku sekolah lagi. |
Jikalau ada sebarang masalah mengenai tugasan tersebut, sila tinggalkan komen di sini..
BalasPadamMana nak tengok jawwpannya
BalasPadamsaya ada beberapa tidak paham..sila add me alifaimango12345@GMIL.COM
BalasPadamsaya ada beberapa tidak paham..sila add me alifaimango12345@GMIL.COM
BalasPadamtak best pon...
BalasPadamboshan saje je nk tengok...
BalasPadamJwp??????
BalasPadamJwp??????
BalasPadam