Pages

Labels

Selasa, 21 Mei 2013

Seminar Teknik Menjawab Kertas Bahasa Melayu SPM

Program ini merupakan program kerjasama antara ketua bidang dengan ketua panitia serta guru-guru Bahasa Melayu. Ketua Bidang dan Ketua Panitia berperanan mendedahkan pelajar-pelajar mengenai teknik menjawab yang betul untuk mata pelajaran Bahasa Melayu kertas 1 dan 2. Pelaksanaan seminar ini berlangsung pada bulan April dan juga bulan akhir  September sebelum calon SPM menduduki Peperiksaan SPM yang sebenarnya. Secara realitinya, program ini banyak memberi kebaikan kepada calon antaranya ialah :
  • mendedahkan format menjawab soalan secara telus dan terperinci
  • meningkatkan kemahiran dan kepakaran calon dalam menjawab soalan pelbagai tahap
  • menyemai nilai tolong-menolong kerjasama antara semua golongan pelajar sama ada pelajar cemerlang, sederhana mahupun lemah.
  • meningkatkan kemampuan dan daya saing pelajar untuk mendapat gred yang lebih baik
  • mengurangkan kadar calon gagal di samping meningkatkan calon untuk mendapat gred A+ seberapa ramai.
Pelajar sedang menunggu arahan daripada penceramah untuk menerangkan tip-tip yang penting sewaktu menjawab soalan peperiksaan.

Pelajar diberi soalan untuk dijawab selepas mereka selesai mendengar ceramah tentang teknik menjawab.

Perkongsian ilmu turut berlaku, apabila mereka saling berbincang untuk menyelesaikan soalan-soalan pelbagai tahap.

Pelajar sedang membaca arahan soalan Kertas 1 Bahagian A dengan teliti untuk menentukan dimensi, tema dan skop perbincangan sebelum membuat draf serta menulis sebuah karangan yang lengkap.

Golongan Empat sudah bersimpul satu (kesempurnaan yang diperoleh daripada empat orang iaitu orang yang berilmu, orang yang berakal, orang yang mahir dan orang yang rajin), tanpa kalian tidak lengkaplah rencah kami. Cikgu Hasmi, Cikgu Siti Laila, Cikgu A.Rusilin yang menyumbang bakti. Terima Kasih untuk kalian semua :)

Pelajar masih tersenyum lebar menunggu arahan yang berikutnya, terima kasih memberi kerjasama.

Masih lagi menjawab soalan yang diberi, agaknya susah kot soalan Cikgu Hasmi ni....
Fokus jangan fokus, nanti terlepas tip-tip yang penting.

Khusyuknya pelajar semua mendengar celoteh Cikgu Laila ni.

Sesi perbincangan sudah bermula, jangan lengah-lengahkan, salurkan ilmu-ilmu yang betul sahaja.

Pelajar sedang membuat draf isi

Bryan Alif pun khusyuk juga, cikgu semua berharap agar kalian semua mendapat gred yang cemerlang.
Tinta Emas :

Pantun - Menuntut Ilmu

Kemumu ditengah pekan
Dihembus angin jatuh kebawah
Jika ilmu tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah.

Tumbuh melata sipokok tebu
Ditepi pasar jualan daging
Banyak harta tidak berilmu
Bagai rumah tidak berdinding.

Padi segemal kepuk dihulu
Sirih dihilir merakap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.

Budak-budak berkejar-kejar
Diwaktu senja takut buaya
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya.

Pinang seulas diatas meja
Jangan makan sambil berdiri
Orang yang malas hendak bekerja
Pasti menyesal dikemudian hari.


0 Komen:

Catat Ulasan